Friday 28 December 2012

assalamualaikum...
salam jumaat.
sat saja masa berlalu . rasa macam baru semalam saja penghujung tahun 2011 . tup tup sekarang dah penghujung tahun 2012 kan? sapa rasa macam tue (angkat tangan) ! zaman sekarang masa cepat berlalu. perasan tak budak-budak yang dulunya kita tengok baru belajar bertatih sekarang dah lari dengan laju dan dah nak masuk sekolah dah pun. itulah realitinya. sebab tue lah boleh wujudnya peribahasa masa itu emas. sebabnya masa berlalu dengan pantas kita kenalah hargainya supaya tak rasa ketinggalan.  hargai masa yang ada .
p/s syaza tengah mood sedih sebab nak hujung tahun sudah!

Tuesday 25 December 2012

APA MOTIF??

assalamualaikum
tolong jangan gelakkan kucing nie kesian dia.dah la dia jadi mangsa buli tuan nyer yang kejam. sekarang kucing nie di masukkan ke wad icu. doakan beliau selamat. dan tolong ambil perhatian kepada pemilik-pemilik kucing yang mempunyai masalah bau kaki. tolong simpan kasut anda di tempat yang selamat dan tak boleh di capai oleh kucing-kucing kesayangan anda.
orang-orang dalam rumah syaza tak ada masalah bau kaki. buktinya zorro & adik masih sihat untuk mengkokak kasut abah. dan semua orang dalam rumah ni.
-nota PA tak siap lagi. kejelesan yang amat tinggi dekat cik fairuz sebab dia dah siap sampai bab 3. ehem nad kita tak payah buat lah . nak tak? hehehe :p

Monday 24 December 2012

AKHIR TAHUN

assalamualaikum.... sedar tak sedar sekarang dah sampai pernhujung tahun 2012.  masa cepat berlalu. macam-macam dah berlaku tahun nie. dari awal tahun sampai sekarang. nanti syaza cerita dalam entry hujung tahun eh.. tunggu. siapalah time tue habis semua syaza cerita apa yang dah jadi sepanjang tahun . hampa hampa semua bacalah sambil cicah biskut kering dengan milo... huargh3.. pastu kalau syaza kutuk-kutuk korang jagan marah (melawak ajer) okay sekian assalamualaikum...
p/s tak sukalah bila online jer ada orang mai menyibuk dekat sebelah tanpa keizinan. sapa setuju???

Thursday 20 December 2012

Kita Pernah Kecil.

assalamualaikum..
kita semua pernah kecil. penah ada kenangan 
ingat tak kenangan kita kecik-kecik dulu
*minum susu dalam botol.
*nak makan nak mak suap sampai nangis2
*tak mau makan sayur yang pelik-pelik.
*suka makan kopok
*main nyorok2
*main kawin2 dengan kawan lelaki.
*tengok kartun yang super hiro pastu ramai-ramai cop super hiro yang dia nak.
* dengar orang tua bersembang sambil pikir-pikir apa lah yang depa merapu nie.
*main rumah-rumah then jadi mak ambil anak patung buat baby . kita buat macam mana kita tengok mak buat dekat kita.
*main doktor2 sakit nak bersalin abil bear masukkan dalam baju konon2 perut tue dah sarat.
*bila mak tak bagi keluar main kita jenguk dekat tingkap tengok kawan kita main.
*bila hujan suka berdiri dekat tepi tingkap @ pintu tengok hujan sambil imajinasikan yang bukan-bukan. contoh. hujan tue turun dari langit macam kita bagi tumpah air dari atas meja.
bila dah besar sikit dah masuk sekolah rendah ingat tak lagi.
*suka bawak pensil box yang kaler pinky2 untuk perempuanlah.
*pengasah pensil nak yang canggih2
*time nie kita dah pandai pilih kawan dah.
*suka gaduh2 dengan kawan sebab hal kecik ajer.
*main lari-lari tak mau pakai kasut.
*suka tanya banyak2
*nak bawak beg roda. tapi mak tak bagi.
macam-macam hal kita buat
zaman muda2 dulu
kalau nak type banyak kenangan kita waktu kecik2. sekarang semua tue hanya tinggal kenangan. seronok zaman kanak-kanak ribena nie. tak payah pikir masalah. relax ajer tak payah pikir itu ini. sekarang kita hanya ingat jer dah tak boleh nak alaminya. semua orang pernah alaminya.

Wednesday 19 December 2012

DEMAM

assalamualaikum....
uuuchak. jagan lah marah. dah lama syaza tak update blog! bukannya syaza kurang rajin . tapii syaza demam. huhuhu kesian tak . tak! bluekk syaza start demam hari khamis hari tue . hari isnin tue dah rasa sihat sikit kali nie demam tak teruk sangat sebab selalu kalau demam seminggu baru nak lega . kali nie syaza cuma demam dengan sakit kepala sahaja best friend kepada demam(selsema,batuk, sakit tekak , penat) tak ikut sekali. alhamdulillah. hari selasa tue syaza nak update blog tak boleh pulak sebab line internet problem.assalamualaikum...tak dak idea nak update blog tak tau nak cerita apa sebab aktiviti sekarang hanya mengadap tv ajer.. tak der apapa yang menarik

p/s abah dah bising dah buku untuk sem 2 syaza tak pi cari lagi nanti susah bila dah start belajar ... malas.

Monday 10 December 2012

ENTRY TAK BER"TITLE"

assalamualaikum..
malas nak update blog tue lah perkataan yang sedang menguasai otak syaza sekarang nie . tak tau kenapa ! yang tue saja syaza mampu cakap. dah bersawang dah blog nie. tak pe tungu lah nanti-nanti syaza rajin syaza mengemas blog nie eh. sekian dari saya nur syaza yang tengah gatal tangan . salam sayang dari syaza dan kucing (zorro/zerro)

p/s eh perasan tak lagu dalam blog nie. sesuai tak syaza letak lagu dalam blog nie? saja gatal tangan letak . syaza tak berapa suka sangat kalau blog ada lagu bising nak membaca susah . apa pendapat nak letak lagu ker tak??


Sunday 2 December 2012

tersentuh..

assalamualaikum
sihat? alhamdulillah syaza sihat. pernah dengar lagu yang boleh buat kita tersentuh? mesti pernah kan. hah syaza mestilah pernah . nak tau lagu apa? lagu yang syaza masukkan dalam blog nie. tajuk lagu nie only you dari super junior .. lagu nie suka buat syaza tersentuh ! dan syaza sendiri tak tau kenapa? yang syaza tau bila syaza dengar lagu nie ajer syaza akan rasa macam nak teriyak dan di mata syaza akan terbayang-bayang sesuatu yang suka buat syaza sedih.. wohoo jagan gelak dekat syaza ! itu hakikatnya dan syaaza tak tau kenapa. ,, huhuhu sedih lah pulak. dan lagi satu syaza suka suruh cik fairuz nyanyi lagu nie dekat syaza... T_T huhuhu tak tau nak cerita macam mana yang syaza tau lagi nue sedih habis...

p/s bukan lagu nie saja tapi lagu if i let you go-westlife dengan lagu sweetest good bye-maroon5 . tersentuh bila dengar lagu tue,.. T_T


Friday 30 November 2012

apa yang syaza merapu nie??

hohohoh eh assalamualaikum..
pelik syaza hari nie kan?? entah lah tak tau kenapa .. semangat terlebih sikit nak update blog.. hari nie syaza  sibuk sikit jiran depan rumah nak pindah balik kampung  dia buat kenduri ..syaza tak tau apa motif syaza update blog hari nie.. whatever lah motif apa pun yang penting syaza nak merapu-rapu....... arghh apa yang syaza type nie syaza pun tak tau hanya jari yang menari-nari menaipkan sesuatu perkataan yang boleh di baca... sebelum syaza merapu dengan lebih lanjutnya baik syaza berhenti. sebelum tue syaza nak mintak maaf sebab telah mengambil masa hampa-hampa semua yang membaca entry yang tah apa-apa nie.. sekian wasalam dari syaza rafiae.. love you oulls

arghhh VIRUS M

assalamualaikum... dengan penuh kebosanannya syaza merajinkan diri mengupdate blog nie . tak tau lah kenapa semenjak 2 menjak 3 menjak nie syaza rasa macam semacam ajer.. tak tau nak cakap macam mana , so semalam syaza nekad nak jumpa doc nak tengok apa masalah syaza ( bohong jer tue sebab budak nie cukuplah liat nak pergi jumpa doc bila tak sihat) dan doc yang tak berapa nak bertauliah tue telah mengesahkan syaza diserang virus M .. virus M tue amatlah berbahaya. (weh jangan kawan dengan syaza nanti berjangkit) ubat?? hewm syaza dah search dekat google apa ubat nya . tapi nasib syaza malang tak jumpa pun.. sedih ... tau sebab apa syaza tak jumpa? sebab ubat tue ada dalam diri kita sendiri . kalau nak lega dari kena serangan virus M tue syaza kena banyak-banyak berdoa supaya virus m tue hilang dan banyak-banyak merajinkan diri ..syaza kena serang virus M tue dari segi nak mengupdate blog, mandi, study. masalah sangatlah masalah. sekarang nie syaza cuba untuk menghindarkan diri dari beliau syaza berharap korang sudi doakan syaza cepat sembuh eh..

p/s ada ker yang tertanya-tanya virus M tue apa. virus M tue... virus malas lah wehhh

sekian wasalam dari saya Nur Syaza Rafiae...(ayoi ayat formal gituee vogue kau jah uhhuu )toing toing

Thursday 29 November 2012

sapa nie??



agak-agak lah kan nie sapa?? sesapa nak jawap.? haha jawapan nyer nie siwon versi perempuan. ayu kan. nak tengok gambar yang betul-betul punya kejantanan

                                                                .
ahak nie lah.. hensem tak ? ya! tak! setiap orang ada pandangan yang berlainan so terpulanglah. bagi aku hensem .. melting aku bila tengok dia nie.


p/s esok kalau rajin aku update eh assalamualaikum. may ALLAH bless



More than word-westlife


*nah hampa tengok dan fahamilah maksud lirik lagu nie eh.. nanti kita nyanyi ramai-ramai eh!

Saying I love you
Is not the words
I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say
But if you only knew
How easy
It would be to
Show me how you feel
More than words
Is all you have to do
To make it real
Then you wouldn't
Have to say
That you love me
Cos I'd already know

What would you do
If my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say
If I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

Its more than words,
Its more than what you say
Its the things you do
Oh yeah
Its more than words,
Its more than what you say
Its the things you do
Oh yeah

Now that I've tried to
Talk to you
And make you understand
All you have to do
Is close your eyes
And just reach out your hands

And touch me
Hold me close
Don't ever let me go
More than words
Is all I ever
Needed you to show
Then you wouldn't have to say
That you love me
Cos I'd already know

What would you do
If my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

p/s sayang hampa-hampa semua yang sudi untuk memahami maksud lirik nie.







LAGU SPONGEBOB VERSI KEDAHAN!!


Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak!



p/s ajak lah adik-adik hampa nyanyi eh. sorry dah 3 hari tak update blog.. toing toing

Sunday 25 November 2012

cucur kacang

assalamualaikum. puas syaza mencari idea nak menghapdate blog nie. tak jumpa-jumpa last sekali petang tadi dok berguru dengan mak cara-cara nak buat cucuq kacang dapatlah idea nak mengupdate blog nie . meh kita kongsi meh cara-cara nak buat cucuq kacang nie . senang ajer jagan risau tak lah sampai nak hilang jari atau yang sewaktu dengannya.

 bahan-bahan
kacand hijau satu cawan -rendam dulu (sat ajer tak lama)
nyiok 1/2 cawan (kelapa) di parut
1 sudu tepung gandum
gula 2 sudu

bahan-bahan kulit
tepung beras
garam secubit's
air kapur

cara-cara
rebus kacang hijau sehingga empuk. angkat
satukan kacang hijau,nyiok, gula, tepung gandum. uli sehingga sebati.
bentukkan adunan menjadi bulat dan leperkan.
untuk kulit buat macam nak buat goreng pisang ajer.
celupkan adunan kacang yagn dah di bentuk tue kedalam adunan kulit. goreng . siap sekian wasalam
image pakcik google


p/s cuba tau buat cucuq nie sebab cucuq nie sangat sedap. saya suka saya suka( cakap style meimei)

Friday 23 November 2012

MY LOVE


An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I'm all alone
The rooms are getting smaller
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And all my love
We're holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

I tried to read
I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop
To keep myself from thinking

Oh no
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And all my love
We're holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from my heart
You're all I'm thinking of
Reaching for the love that seems so far

So so I say a little prayer
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love
See you in a prayer
Dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

zaman westlife muda-muda dulu ( yang tepi sekali sebelah kiri tu bryan cute kan syaza punya okay)
 p/s semalam tak update blog harinie hah amik kau dua sekali

AIR KACANG SOYA

ramai orang suka minum air kacang soya kan. sebenarnya nak buat air kacang soya nie sangatlah mudah tapi syaza tak penah try lagilah . tok syaza selalu buat air kacang soya nie dulu-dulu sekarang jarang-jarang dah. hari tue syaza belek-belek buku resepi mak jumpa lah dengan resepi air kacang soya nie. meh kita kongsi meh. selamat mencuba.

bahan-bahan
 1 mug kacang soya ( rendam dalam 5-6 jam)
2 jug air
4 helai daun pandan
garam dan gula secukup rasa
kain putih (untuk tapis)
blender

cara-cara
basuh dan rendam kacang soya selama 5-6 jam.
kisar kacang yang telah kembang dalam nisbah 2:4. 2senduk kacang:4cawan air
tapis kacang yang telah dikisar. lakukan sehingga selesai. hampas jangan di buang
ulang kisar hampas soya sehingga hampas dah tak keluarkan jus soya dengan 1/2 jag air
tapis sekali lagi untuk menghilangkan serdak halus yang berada di bawah.
masukkan ke dalam periuk bersama-sama daun pandan dan garam secukup rasa.
kacau air soya dia atas api biru sehingga mendidih.
gula boleh di campurkan semasa masak @ semasa hendak di hidangkan.
google image

p/s selamat mencuba : wah ayat macam chef sudah( tangan di bahu mata juling ke atas -cheflah sangat)

Thursday 22 November 2012

petua tradidi nak legakan sakit kepala

syaza semenjak 2 menjak nie selalu sakit kepala . sakit tue tak tau nak cakap macam mana hanya ALLAh yang tahu. tadi rajin pusing-pusing google cari petua terjumpalah satu petua nie . meh jom try

bahan-bahan
daun sirih
garam kasar

cara-cara
gaulkan daun sirih  dan garam kedalam air. lepas tue lumurkan keatas kepala.
senang ajer kan . sapa tak kenal daun sirh dekat sini tengok bawah

nie lah daun sirih


p/s yang syaza tengah pening kepala sekarang nie mana nak cari daun sirih eh? kampung ada !

KUIH CARA,

sapa suka makan kuih cara ! angkat tangan sikit ! (eh tak payah lah) tau tak macam mana nak buat kuih cara? syaza buat nie tadi pagi untuk sarapan ! meh tengok resepi dekat bawah bagi siapa-siapa yang tak tau tue ! apa guna makan tau masak tak tau kan??

bahan-bahan
tepung gandum 4 cawan
santan 6 cawan
telur 1 bijik
daun pandan 6 helai
garam
gula

cara-cara
mesin daun pandan bersama-sama nyior untuk mendapatkan santan dan perasa pandan. masukkan kedalam bekas yang mengandungi 4 cawan tepung gandum. masukkan telur, dan masukkan garam secukup rasa.setelah itu kacau adunan tersebut dan masukkan ke dalam mesin pengisar supaya adunan kuih cara itu menjadi gebulah kut. selepas itu mesin sehingga adunan menjadi gebu. panaskan acuan kuih cara. masukkan majerin dan tuangkan adunan . masukkkan gula. (syaza lebih suka inti gula drpd inti berlauk). tutup acuan dengan tudung periuk. tunggu sehingga masak. (masak dengan api yang perlahan) bila dah masak angkat dan cantumkan. sekian wasalam.

ehsan pakcik google



p/s dah lama tak update blog bukan sebab kena virus M tapi sebab sakit kepala tadi pun sakit kepala juga lepas urut dah okay nie yang update nie

Friday 16 November 2012

RINDU DIA

rindu dia hahaha mesti ada yang terkejutkan bila baca title tue .. hewm memang aku tengah rindukan seseorang nie.. rindu sangat-sangat tak tau nak cakap macam mana. Dia tue sape? mesti ada yang tertanya-tanyakan..jawapnnya aku rindu budak yang nama dia NURADILAHTULAKMAR nie.. huhuhu (mood rindu lepas godek-godek blog dia tak sat) .. kami best friend (kadang-kadang gaduh sikit) tiba-tiba kena berjauhan sedih sangat ..dia kawan dengan aku dah 8 tahun lebih dan tahun depan cukup 9 tahun. kami dah saling mengenali. perangai x payah cakap aku rasa semua aku dah tau . and perangai aku, aku rasa semua dalam tangan dia. dia kawan aku yang paling baik. comel.jujur, cantik. .... (ifa aku puji ko .. ko kasi aku hadiah eh) kenapa aku rindu dia? sebabnya kami dah jarang berhubung sebabnya fon aku rosak , dia sibuk,aku sibuk, bila aku onlie dia ofline,, bila aku offline dia online .. so susahlah nak berhubung sekarang nie ..tapi bila dah terberhubung tue faham-fahamlah susah nak berenti!! hari tue dia cuti sem aku suruh dia mai rumah aku dia cakap cuti sem dia 2 minggu ajer memang x sempatlah kan?? .. hewm apa pun aku aku harap persahabatan kita akan kekal selama-lamnya .. sayang kau kawan. doakan kejayaan kita bersama ! .. harap suatu hari nanti kita boleh jumpa face to face eh sebab aku nak tarik pipi ang sampai merah and aku nak cubit tampaq ang. fulstop..!
dedikasinie aku khaskan buat NURADILAHTULAKMAR miss u so much kakak kecik!

IFA! baru aku perasan sekarang nie gambar kita dua dalam pc aku tak banyaklah weh!

TIPS KESELAMATAN YANG PERLU DIAPLIKASIKAN DALAM DUNIA REALITI!

sekarang ni macam-macam jenayah yang kita boleh dengar dekat tv @ radio . dekat paper hari-hari wajib ada kes bunuhlah, rompaklah,rogol dan macam-macam lagi. kadang-kadang bila kita nak keluar rasa macam tak selamat ajer kan? hewm benda tue sangat-sangatlah bawak masalah yang besar dalam hidup kita kan? benda nak jadi bukannya kita tau so kenalah ready awal-awal lagi!perempuan terutama baca nie...

tips apa yang patut kita buat jika kita berhadapan dengan penjenayah
*firstly . JANGAN PANIK. sebab kalau kita panik penjenayah tu akan lebih yakin untuk terus melakukan sesuatu. tenangkan fikiran dengan cara ingat pada ALLAH dan berdoa.
*BUANG BEBAN. buang apa segala beban yang ada dekat badan tue yang boleh menghalang pergerakan .. contoh handbag- benda tue boleh cari ganti nyawa ALLAH bagi hanya sekali.
*LARI (sekuat hati) bila ada peluang .. lebih baik hindari ancaman daripada hadapinya . risiko tinggi.
*JERIT dengan sekuat hati supaya orang disekeliling kawasan tue dapat beritumpuan kepada mangsa (sebaiknya jerit API sebabnya orang lebih memberi tumpuan kepada api berbanding tolong sebab ada sesetengah orang tidak mahu menjadi mangsa kes sekali)
*JANGAN TUNJUK WAJAH YANG TAKUT dekat penjenayah jika anda terpaksa menghadapi penjenayah.
*CAPAI apa-apa yang boleh dijadikan senjata.kasut tumit tinggi amat membantu dalam keadaan sebegini.
*APLIKASIKAN segala teknik yang anda pelajari dalam kelas seni mempertahankan diri (atau lebih senang jika penjenayah lelaki tendang ajer dekat "tuttut"dia.

praktikkan benda nie di rumah


Wednesday 14 November 2012

NASI GORENG CINA !

tadi syaza masuk dapur .. tengok-tengok ada nasik sejuk tak habis . banyak pulak tue nak bagi kucing makan nasik untuk kucing dah buat dah .. huhuhu tak tau nak buat apa! tiba-tiba ternampak seperiuk sup atas dapur terasa nak makan nasik goreng cina . hewm nak buat nasik goreng cina cukuplah simple dan senang bagi syaza .. nak resepi ? sesapa yang nak tue sambung baca bawah kalau x mau nampak X dekay atas sebelah kanan tue .. hah tekan yang tue

bahan-bahan
nasik putih - 1 magkuk
isi ayam/ daging -suka hati
udang - suka hati
cili padi- 6 biji ( ketuk-ketuk)
serbuk lada putih
bawang putih- 4 ulas
daun sup
sayur campur (kacang peas,jagung,karet)
telur hancur
minyak masak/planta (syaza lebih suka pakai planta sebab nasik lebih wangi n tekstur nasik tue bila dah masak sangat cantik)
sup ayam/daging
garam

cara-caranya'
tumis bawang putih dan cili padi. masukkan isi ayam setelah isi ayam hampir masak masukkan udang dan sayur campur ( sayur campur perlu masuk awal sebab x mau ras mentah bila nasik da masak) . selepas tue masukkan nasik. masukkan garam dan serbuk lada. masukkan daun sup dan masukkan telur hancur yg dah kita goreng tue .. sekian siaplah hidangkan dengan sup ..
belas kasihan pakcik google tercinta


p/s nie masak style campak-campak tapi sedap.




SALAM MAAL HIJRAH

alhamdulillah hari nie genaplah 1434 hijrah. dan kita semua masih di beri peluang untuk terus bernyawa di muka bumi Allah ini.. bersyukur dengan apa yang telah terjadi sepanjang tahun ini! alhamdulillah  semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun lepas amin..
salam maal hijrah dari syaza
segala yang baik datang dari Allah segala kekurangan itu datang dari kita sendiri
 kepada pembaca-pembaca blog syaza! syaza nak mintak maaf andai ada salah syaza pada kamu semua..mulakan sesuatu yang baru dalam hidup kita semua insyaallah



Tuesday 13 November 2012

KOREA!!

korean .. aku tak tau lah kenapa aku minat sangat dengan artis-artis korean nie.. malah bukan setakat artis segala-galanya lah aku rasa , tempat perlancongan makan dan apa-apa lagi ! hewm kenapa eh? aku sendiri tak de jawapan untuk soalan tue sebenarnya ! tang aku sedar aku mula minat korea nie sejak aku umur 9 tahun lagi ! first sekali aku boleh minat cerita korea nie sebab makcik aku yang suka tengok cerita korea slot best of east @ 8tv .. tiap 8:30 malam wajib tengok ! huhuhu lepas tu bila dah masuk darjah enam aku mula minat dekat penyanyi-penyanyi korea pulak ! first group yang aku tengok dan mula minat super junior !! huhuhuhu! bila dipikir-pikirkan balik mungkin aku suka korea nie pun sebab lelaki hensem-hemsem's yang permpuan pulak comel's ... hewm dan tempat-tempat dekat sana pun cantik's ..tapi abah aku cukuplah tak suka bila aku tengok & dengar lagu korea huhuhu tak tau lah kenapa tapi tuelah hakikatnya . kadang-kadang bila difikirkan balik benda-benda nie semua nie melalaikan dan lagha ajer huhuhu . walaupun aku minat korea aku masih lagi sayangkan MALAYSIA nie !!!


yang baju melayu pink tue pakwe aku


comelkan perempuan nie ! drama iljimae nie (pengaruh cukup besar kat aku sebab aku minat kalau cerita yang lawan-lawan macam nie)

nie pun bf aku
p/s weh aku x der modal nak update blog weh kay wasalam .. kalau rajin nanti aku sambung entry nie eh ... salam sayang

Sunday 11 November 2012

ADAM & HAWA

penah tengok drama tue? penah baca novel tue? rugi kalau sesapa tak penah baca ! pada pendapat syaza novel tue sangat-sangat lah syiokk tau! dah tiga kali syaza baca novel tue .. feeling tetap sama asal babak sedih jer nangis huhuhu cengeng ,,, novel tue ditulis olah penulis berbakat aisya sofea . syaza memang respek dengan aisya sofea nie sebab novel dia tak pernah menghampakan bila baca. plot cerita sangat baguss!!!!!!!
nie sinopsis novel adam hawa

pelakon & penulis novel

cover lama novel adam hawa


SABAR!!

sabar !! kau tau apa tue sabar!!! kalau orang yang di timpa masalah kita akan cakap sabar !!! tapi tau tak betapa susahnya nak bersabar tu!! kalau iman tak kuat  kesabaran dah tak de makna . kadang-kadang kita rasa macam kesabaran tu dah tak cukup dalam diri bila kita tengah marah !tapi sebenarnya yang tu lah kita kena ada waktu kita kena marah. (karang kalau kita tak bersabar pulak ada yang makan penampar). kadang-kadang kita tengok seseorang tue terlalu sabar dalam menerima dugaan dalam hidup dia yang datang bertimpa-timpa, dan kita beranggapan macam dia nie tak kisah sangat dengan masalah yang menimpa diri dia, sebab yang sebenarnya kita tak tau yang dia simpankan masalah tue sorang-sorang dalam hati dia! kalau kita boleh tengok betapa lukanya hati dia!!! hanya ALLAH yang tahu...sekian!! =(


p/s sebenarnya ni entry yang semalam tapi lupa nak publish lah pulak

Friday 9 November 2012

AYAM GORENG BEREMPAH!!!

assalamualaikum!! hai hari nie syaza masak lagi untuk lunch xoxo biasalah bila dah cuti tue mak terus bagi tugas memasak tue dekat syaza kalau-kalau dia sibuk atau nak ke mana!! tadi tengah hari masuk dapur puas rosek cari benda nak masak jumpa petola, ayam,ikan tenggiri, ...duduk pikir sat sambil makan nasik lemak tadi pagi ..timbul idea nak masak ayam masak kicap berempah, tapi kalau masak yang tue mak tak boleh makan jadi tukarlah menu ayam masak kicap berempah kepada ayam goreng berempah, ikan masak tenggiri masak kicap, dan sayur petola !
dah habis masak abah kata ayam goreng berempah tue sedap cuma goreng kurang garing saja.. huhu selamat aku..
mudah saja nak buat ayam goreng berepah nie!! macam nie caranya

bahan-bahan
ayam sebelah
bawang putih (tumbuk)
jintang manis (tumbuk)
bawang besar suku labu (tumbuk) 
kunyit
sos tiram (1 sudu besar)
garam
rempah kari ayam (3 sudu)
daun kari

cara-cara
tubuk jintan manis,bawang putih&bawang besar. masukkan bahan yg tumbuk tadi ke dalam bekas yg berisi ayam , masukkan kunyit,serbuk kari, garam,sos tiram,... gaul-gaul siap perap selama 30minit-1 jam.. eh jagan lupa goreng dulu baru boleh makan masa goreng tue gorengkan sekali dengan daun kari.. barulah ummph
ehsan pakcik google     










Thursday 8 November 2012

gulai ikan tenggiri!!

assalamualaikum!!!
hari nie untuk lunch aku yang kena masak .. tak tau nak masak apa so aku rosek-rosek peti sejuk aku jumpa lah dengan ikan tenggiri sekor !! tak tau nak masak apa ! tiba-tiba terasa nak buat gulai so mulalah aktiviti aku masak gulai ikan tenggiri .. tak susah mana pun nak masak nie sebenarnya! nie resepi gulai ikan tenggiri aku

bahan-bahan
ikan tenggiri sekor (yg saiz M )
serbuk kari ikan 2 paket
nyiok sebijik @ secukup yang awak mau
bawang merah 3 ulas
bawang putih 3 ulas
halba campur
daun kari
garam
asam jawa
terung/tomato/timun/cili hidup
eeh lupa minyak masak 

cara-caranya
masukkan minyak masak kedalam periuk (ikut sukalah nak banyak mana) tumiskan bawang putih,bawang merah yang telah di mayang dengan daun kari dan halba campur. dah kekuningan masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan air . tunggu sehingga pecah minyak . masukkan asam jawa secukup rasa ikut suka hati . masukkan santan yang perahan kali kedua & ketiga. masukkan ikan bila dah mendidih. kepas tue masukkan timun @ tomato . seteah isi ikan dan timun @ tomato agak nak masak masukkan pati santan .. selepas semuanya mendidih hah tutup lah api jangan lupa yang tue satg terbakar rumah kalau tinggal dengan api x bertutup...eeehhh lupa jangn lupa garam secukup rasa ...
ehsan pakcik google


kay selamat mencuba kalau x jadi maknanya anda x der skill nak masak gulai ikan .. hehehehe.. bahan-bahan tue pepandailah sukat ..
p/s sesungguhnya saya merupakan seorang guru masak yang fail dalam proses pengajaran

YEAH! exam dah habis

9 november 2012
10:32 AM (tengah minum air oren)
saja aku bosan2 and gatal tangan nak update sesuatu dekat blog nie ..tapi aku tak de cerita nak buat modal ... aku dah merdeka! yeah untuk semester 1 nie ajer lah ... macam mana exam?? hohoho jangan tanya .. tak mau ingat dah .. aku dah buat setakat mana yang aku mampu so aku redah je lah! result hewm tue kena lah doa banyak-banyak minta pemeriksa tue tak nampak sangat kalau aku ada buat kesalahan waktu jawap exam haritue !! (huh)  aprancangan aku lepas exam nie .. cuti lama tue .. ? entahlah aku tak rancang lagi .. tapi yang aku dah buat aku pi jogging dengan nadhirah tadi pagi .. ewm aku ingat nak balik kampung teman tok yang duduk sorang-sorang dekat rumah tue (kesian tok) tapi kalau aku balik sana akau tau dah kerja aku bela badan ajer (mana tak nya aku kan cucu kesayanggan tok & tokwan kalau minta apa sure dapat punya hehehehe jahat)so cancel kan ajer lah ! aku ingat aku nak duduk rumah baca novel, siapkan karya aku, online , tweet, makan, tidok,jalan-jalan, masak,kemas rumah, baca al-quran, baca buku untuk semester 2 (yg tue x janji) ,tengok tv, .. dan apa-apa lagi yang aku sukalah!! resul UPSR pelik sikit taun nie keluar lambat sangat kot dulu selalunya hari tamat sekolah result dah keluar .. kesian kat adik aku tak tau lagi dia punya result .. aku harap cuti sekolah nie tak terlalu membosankan ?? xoxoxo blank sudah ..okay bye ..assalamualaikum


Sunday 4 November 2012

AKU NAK PEGI PERANG !!!

senjata! Siap! tenaga mental! Siap! tenaga fizikal! Siap! Kesihatan! Siap! .. xoxo ayat macam nak pegi berperang sungguh !! sabar!!!!!! tak sebenarnya aku nak pergi berperang dengan kertas exam bukannyer nak pergi perang betul-betul dengan pistol apa segala bagai tue!! .. hari nie 5NOVEMBER2012 aku ada exam STPM semester 1 tahun 2013 .. hahaha hari nie aku ada 1 paper ajer  pengajian am 1, aku exam hanya 3 hari (isnin: pengajian am, rabu: bm, pengajian perniagaan, khamis: ekonomi <3) takut , gemuruh ,risau ,excited,syok,tekujut,nak teriyak ..semua ada ..tapi tak pe aku kuatkan diri aku dan aku yakin pada diri aku ..aku boleh buat !!! akhirnya hari nie masuk jugak aku dalam bilik tue ... macam tak sangka sat ajer belajar tak puas lagi tengok-tengok nak exam dah .. nak enjoy-enjoy dengan kawan pun x puas lagi ...okay cukuplah sekadar ini sahaja ..assalamualaikum .. doakan kejayaan aku yer!!!
:-kepada calon-calon SPM, STPM semester 1 2013 , STPM 2012 wish you good luck !! do your best insyaallah....Allah bersamamu

Rabbi yassir walaa tu'assir , Rabbi tammim bilkhair . Tuhanku kau permudahkan lah dan janganlah dipersulit. Tuhanku tamatkan lah dengan sebaiknya. Aamiin-
jagan jadi macam nie sudah!!!

Monday 1 October 2012

01-10 hari ni!!

assalamualaikum..harini??? kenapa dgn hari nie..!! (senyum sorang2) yeah hari nie aq dah cukup 18 tahun hakhakhakhak pulunnyer (dah tua) Allhamdulillah aku bersyukur sangat2 dengan usia aku sekarang nie ..hewm apa wish aku untuk tahun nie eh?? opss sebelum tu aku nak ucap terima kasih(감사
untuk mak yang melahirkan aku, untuk abah yg membesarkn aku, 
kembali kepada soalan aku yang tadi 
 aku harap usia aku ini diberkati !
aku harap kesihatan yg baik!
aku harap STPM sem satu nie aku dapat lakukn yang terbaik!
aku harap kejayaan dalam hidup! 
aku harap segala harapan aku untuk tahun ni tertunai insyaallah!
amin....
untuk kawan2 dan semua yang wish birtday kat aku thanks a lot..love you so much 
untuk anjell thanks hadiah awak kali ini untuk sya amat saya hargai ..sayang kamo
terubat rindu sya ..hehehe =)
 sebelum aku tamatkan entry nie aku nak makan kek ni lapar weh :P


ada sesapa nak belanja abah please -_-




 untuk diri sendiri hehehe ;P

 http://www.youtube.com/watch?v=NFIzy6bHkUE ...
sekian sahaja untuk hari nie wasalam



p/s dengan penuh kepulunan nyer aku menghapdate blog tengah2 malam nie hehehe syok hehe ;P

Friday 28 September 2012

DRAMA MUET!!!

assalamualaikum ..dikesempatan aku yang tak berapa nak busy sangat nie so aku berminat nak kongsi cerita dengan korang...kejadian nie berlaku pada 20 september hari tue ...alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... group kitaorang buat drama tajuk missio to get 4 flat.. aku,nadhirah,farhanis,awatif,fairuz,aadila,farahdiyana,indrani,shaukie,fattah,shahril ..ramai tak group kitaorang..hewm drama kitaorang nie menceritakan missi sekumpulan pelajar untuk mendapat 4 flam dalam diorang punya peperiksaan STPM.. macam2 taktik yang diorang nie lakukan missi yang 1 diorang meniru dalam kelas , misi yang ke 2 diorang pergi jumpa tok bomoh minta soalan exam, missi yang ke 3 diorang ugut cikgu yang gila kpop, tapi malang nya missi diorang nie semua tak berjaya ..akhirnya diorang teruskan dengan missi yang ke4 iaitu diaorang belajar bersungguh-sungguh,,, dan akhirnya mereka semuar berjaya mendapat 4FLAT dalam diorang punya exam STPM .... sebenarnya drama kitaorang nie dalam bahasa inggeris...wah susah tau .. tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.sebenarnya hari yang nak pentaskan drma tue ramai yang demam dalam group kami aku demam ,awa dah seminggu demam tak lega,shaukie baru start demam, indrani pun sama tapi kami boleh lakukan sebaik yang mungkin...setakat ini sahaja cerita saya nanti ada masa saya masukkan video lakonan kita orang tue insyaalah....


tunggu bas dengan farhanis (budak belah kanan tue sapa x kenal kena cepuk)



smile
pari2 testing sayap



semua muka ketat


dah nak balik dengan awatif