bahan-bahan
tepung gandum 4 cawan
santan 6 cawan
telur 1 bijik
daun pandan 6 helai
garam
gula
cara-cara
mesin daun pandan bersama-sama nyior untuk mendapatkan santan dan perasa pandan. masukkan kedalam bekas yang mengandungi 4 cawan tepung gandum. masukkan telur, dan masukkan garam secukup rasa.setelah itu kacau adunan tersebut dan masukkan ke dalam mesin pengisar supaya adunan kuih cara itu menjadi gebulah kut. selepas itu mesin sehingga adunan menjadi gebu. panaskan acuan kuih cara. masukkan majerin dan tuangkan adunan . masukkkan gula. (syaza lebih suka inti gula drpd inti berlauk). tutup acuan dengan tudung periuk. tunggu sehingga masak. (masak dengan api yang perlahan) bila dah masak angkat dan cantumkan. sekian wasalam.
ehsan pakcik google |
No comments:
Post a Comment