Tuesday 30 September 2014

i am 20 already

Assalamualaikum..
dah lama tak menulis disini semakin hari semakin jauh dengan blog kesayangan semakin melupakan kecintaan dengan aktiviti menulis. Dah tumpul otak rasanya bila tak menulis bila rasa nak menulis saja tangan lama di keyboard tapi tak bergerak-gerak lancar macam dulu yang kalau ada ja apa yang nak ditulis laju saja jari ni bergerak tapi sekarang jenuh jugak nak pikir ayat yang sesuai bila nak menulis.. adat lah kalau terlupa itu ini kan. Sempena hari ni yang amat istimewa untuk syaza, syaza merajinkan lah diri yang malas gila nie untuk menulis satu dua kata.


 Alhamdulillah hari ni 1 oktober 2014  (12:15 tnghhari) syaza dah genap 20 tahun... dah takda angka satu didepan umur. Dah tua dah rasanya dah boleh kawin Eh. semoga menjadi semakin matang dan kuat untuk menepuhi kehidupan dan semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T...amin



Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu. Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…Amin ..

Saujana - Selamat Hari Lahir
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan…

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia



Monday 30 June 2014

Salam Ramadhan




assalamualaikum...
dah lama rasanya syaza tak update blog.. virus M semakin menular dalam badan tue yang liat sikit nak update blog.. okay sempena ramadhan nie syaza merajinkanlah jugak diri untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semuaumat islam. semoga ramadhan kali ini kita dapa meningkatkan lebih banyak amalan.. hehe hari ke tiga ramadhan baru nak update blog sungguh ketinggalan zaman. okay apa pun selamat berpuasa yaaa (uhuhu skemanya ayat mcm baca berita jerr) peace no war.
 p/s ada 2 entry x publish lagi yg duduk bertapa dalam draft..

semoga ramadhan kali ini dapat dilalui dengan sempurna( pic credit to uncle google)




Thursday 15 May 2014

TERIMA KASIH CIKGU

assalamualaikum...
dah lama tak update blog walaupun duduk dekat rumah bukanlah busy sangat pun..setakat kemas rumah masak sikit-sikit saja... entah la kenapa malas sangat sekarang nie nak update blog. ingat nak update resepi yang dah bersusun. segala jenis lauk kek kuih.. tapi tak update-update lagi. okay sempena hari guru nie syaza merajinkan diri  meng"update" blog secara langsung khas untuk menyampaikan ucapan selamat hari guru.. syaza ucapakan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru yang telah mengajar syaza "THANK YOU" teacher, cikgu, ustaz, ustazah, sir........ thank you for guiding me, inspiring me,and making me what i am today you are the very best teachers that i have and thank you for being a wonderful teachers ... i love you. Kepada semua cikgu di dunia ini tak kiralah yang megajar subjek apa sekalipun sama ada cikgu tadika, cikgu taska, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu sekolah memasak menjahit, bertukang, cikgu sekolah memandu , pensyarah dan semua para pengajar syaza ucapakan "SELAMAT HARI GURU"...bila bercakap tentang cikgu syaza teringat cikgu-cikgu yang dah mengajar syaza yang buat syaza ingat depa sampai sekarang dari zaman tadika sampailah ke zaman pra-u...cikgu yang syaza paling ingat waktu zaman tadika cikgu zuyah di tadika kemas batu hampar hehe cikgu tue baik sangat ingat lagi hari first masuk tadika waktu tue baru umur 5 tahun .. syaza teriak depan pintu tadika tak mau masuk kelas sebab takut even ada kak yang dok belajar sekali satu tadika. bila cikgu zuyah pujuk last-last syaza masuk jugak kelas. waktu umur 6 tahun pulak ingat lagi selalu kalau habis kelas syaza lah yang akan jadi orang lah yang parents jemput sebab abah/mak selalu jemput syaza balik sekolah lambat. cikgu zuyah lah yang selalu teman sampai abah/mak datang jemput syaza tak pun jiran yang datang jemput dekat tadika..  waktu zaman sekolah rendah pulak dekat skbh cikgu yang syaza ingat cikgu johari, cikgu hayati, dan cikgu zawadi, .. cikgu johari syaza boleh ingat dia sampai sekarang sebab dia selalu manjakan syaza dekat sekolah . cikgu nie dia mengajar syaza subjek bahasa melayu waktu tahun 2.. cikgu johari ni jugak cikgu rumah sukan syaza (rumah biru)  selalu kalau ada latihan sukan syaza tak boleh join sebab lelah kena duduk tepi padang cikgu nie lah yang selalu bawak syaza ronda-ronda padang naik motor dia warna biru bila semua orang ada aktiviti dekat hujung padang  .. huhu syok ooo . kalau dalam kelas pulak selau kalau time bm best jer sebab dulu waktu darjah 2 duduk dalam kelas kena duduk sebelah budak lelaki budak tue pulak kaki pembuli bila time kelas bm syaza akan duduk meja cikgu sebab cikgu tu tau budak tue suka buli syaza hehe . cikgu hayati nie pulak boleh ingat dia sebab dia garang tapi dia baik.. dia mengajar subjek mathematic dengan music kalau time kelas mathematic saja Ya Allah kecut perut nie sebab nak kena jawap soalan math yang dia bagi .. lepas tue kalau lambat jawap kena tahan kelas balik lambat stress .. garang-garang cikgu nie dia baik ingat lagi waktu darjah 3 syaza kena demam campak dekat sebulan tak pi sekolah bila dah lega jer pi sekolah cikgu hayati take care sungguh dekat syaza macam dia rindu sangat dekat syaza .. hehe cikgu zawadi pulak syaza boleh ingat dekat dia sebab dia mengajar syaza subjek bm waktu darjah 4 tahun terakhir syaza belajar dekat sekolah tue.. cikgu zawadi nie dia jenis nak anak murid dia semua kena hafal segala simpulan bahasa dan peribahasa .. setiap hari sebelum mula kelas dia akan tanya peribahasa.. berpuluh-puluh peribahasa / simpulan bahasa syaza boleh hafal time tue sekali dengan maksud. sekarang dah lupa dah.. huhu . dekat skps tak berapa ingat sangat cikgu yang mengajar syaza dekat situ sebab sekolah sat saja 2 tahun. yang ingat pun nama ajer. masuk sekolah menengah pulak waktu tingkatan 1-2 tak berapa sangat rapa dengan cikgu yang rapat pun dengan cikgu sham yang mengajar subjek sains selalu kalau kelas dia kena pi makmal syaza lah orang first yang akan sampai dengan izni. waktu form 3 pulak cg yang paling syaza ingat cikgu wan dengan cikgu sabariah. syaza lemah sangat dalam subjek sains dengan mathematic waktu form 1-2 tapi disebabkan 2 orang cikgu nielah syaza boleh skor dalam pmr. siap dapat "A" lagi subjek sains .. cikgu wan pulak dialah pencetus syaza mula minat subjek berkaitan mathematic.. daripada selalu  aci lepas ajer lepas tue dapat "C" lepas tue bila PMR syaza skor... waktu form 4-5 pulak cikgu yang sama mengajar syaza cikgu sham mengajar subjek chemistry , cikgu wan pulak mengajar subjek physics. waktu form 5 syaza ambik subjek akaun cikgu yang mengajar subjek nie "cikgu makalthom" cikgu nie sangat best kalau time kelas dia . dia ada cara tersendiri yang akan buat students dia akan ingat dia sampai bila-bila.. last sekali zaman pra-u yang syaza still ingat sampai sekarang ya lah x sampai setahun lagi takkan dah lupa.. cikgu shukri yang ajar subjek ekonomi cikgu best sangat sebab kalau cikgu ajar sentiasa faham saja sampai cikgu bengang tadak orang nak tanya tapi bila exam kantoi ramai-ramai buat cikgu bertambah bengang .. cikgu fakri yang sporting layan students dia yang huhahuha.. cikgu azila even cikgu nie cikgu ganti saja waktu cikgu fakri pi "pakistan kut" .. tapi cikgu azila best cikgu layan student macam adik-adik cikgu saja, cikgu norzila yang best sangat sebab selalu suruh hafal macam-macam tentang perniagaan.. dan cikgu zulkifli yang selalu nama ayah cikgu lebih glemer dari cikgu sangatlah best  " thumb up"..akhir sekali sayang cikgu semua cikgu yang dah mengajar saya... terima kasih cikgu tiada emas permata mahu pun intan berlian yang mampu saya berikan sebagai tanda ucapan terima kasih diatas jasa cikgu yang terlalu banyak cikgu taburkan buat saya hanya doa sahaja yang sentiasa dititipkan buat semua cikgu, semoga cikgu-cikgu sentiasa dalam rahmat  ALLAH S.W.T dan diredhaiNYA  .. terima kasih cikgu..


Wednesday 30 April 2014

cerita sedih bulan april

assalamualaikum....
oii salam april semua. haha april dah sampai penghujungnya baru nak bersalam-salam *apa cer. haha baru perasan petang tadi lepas syok sendiri skodeng blog sdn bhd tengok-tengok eh bulan april langsung tak update blog biar betul... lepas tue cakap lah dalam hati "takpa hujung bulan nie ker aku update bagi ada 1 jugak entry untuk bulan april sebab macam sedih saja kalau kosong" . lepas tue, lepas maghrb tadi tertengok kalender eh hari dah 30 april hujubg bulan sangat dah nie sebab esok dah 1 mei .. terpikir blog tak update lagi so lepas tue lelaju capai laptop bukak blog then sekarang tengah type entry yang entah apa-apa untuk bulan april .. sebenarnya banyak bahan nak update nie (haha banyak resepi sebenarnya nak letak) tapiii malas sangat nak bukak blog ... ok ini saja untuk cerita sedih bulan april hehe

Thursday 27 March 2014

soft-pretzel

assalamualaikum...
asal update blog ada jer resepinya... asal ada resepi baru nak update blog. dah jadi blog masak memasak pulak dah. nak buat macam mana tadak bahan nak cerita apa kalau ada ja resepi baru baru nak update blog. penah makan soft-pretzel ada pretzel yang macam biskut punya tapi yang nie macam roti... alah macam pastry ja senang nak buat rupa-rupanya ingatkan susah....okay takmau cakap banyak-banyak naik meyampah pulak satgi..
bahan-bahan:
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1 sudu yis segera
4 sudu gula
1/2 sudu garam
21/2-3 cawan tepung gandum
minyak
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan air didih
4 sudu butter dicairkan

cara-cara:
1. satukan air, susu segar, air dan gula, kacau. tunggu sehingga yis kembang dalam 10 minit.
2. masukkan garam. kacau sehingga garam hancur.
3. masukkan tepung sedikit demi sedikit. apabila sudah liat uli tepung dengan tangan sehingga tepung tidak melekat pada tangan dan bekas.
4. basuh bekas pengadun. selepas itu sapu bekas dengan sedikit minyak. uli semula doh sehingga doh berselaput dengan minyak.
5. rehatkan doh sehingga 2x ganda besar.  tutup doh dengan menggunakan kain lembap.
6. setelah doh sudah naik. bahaagikan kepada bahagian-bahagian kecil(mcm buat karipap). lepas tu gelekkan doh tu sampai jadi panjang.
7. bila dah panjang bentukkan U , temukan dekat bahagian hujung lepas tu pusing 2-3 kali then tolak kebahagian belakang kepit .. siap. (syaza buat macam-macam rupa jadi)
8. bancuh soda bikarbonat dengan air didih. celup pretzel yg dah dibentukkan dalam air soda bikarbonat. angkat kalau basah sangat lap sedikit dgn tisu. sapu atau celup dgn butter yang dah dicairkan. letakkan diatas tray yang dah disapu dengan minyak atau butter.
9. bakar selama 20 minit dengan suhu 200 degree celcius... siap boleh makan dengan kaya atau susu cair. kalau nak gulung sosej dalam pretzel tue pun boleh tapi dah tak jadi pretzel lah..
# dok jenguk-jenguk resepi croissant.. tapi susah weh susah nak buat kena ashik keluar masuk peti sejuk. bahan tue senang saja..
sila guna susu full cream ya adik2 jgn jadi mcm ahkak sbab x berapa umphh

tngok ja kecik bila dah naik.. huh besar dapat 10 bahagian kut

kena tunggu depan oven takut hitam.. kan boleh pecaya sngat 

ada yang tabur gula ada yang tak. yang rupa hodoh2 tue cubaan pertama . tadak rupa pretzel sangat haha








Monday 24 March 2014

laksam

assalamualaikum...
hello peeps.. haha lama tak update blog tetiba hari nie update dengan entry berunsurkan resepi pulak. haha almaklumlah resepi mana boleh dibiarkan lama-lama karang basi pulok.syaza tengah sibuk dengan projek "rahsia" yah ..nanti dah siap keja tue semua kalau rajin syaza tunjuk hasil dekat sini eh. nie first time ok FIRST TIME syaza buat laksam . tapi... jadi okay JADI! haha bangga sat. buat tue pun sambil buat tanya mak yang itu ini. nie kes tengok tv rancangan masakan dia buat laksam terus terpengaruh lelaju search google dengan tanya mak macam mana nak buat laksam.. okay takmau cakap banyak satgi orang menyampah so moh le kite ke niat yang sebenar ya jangan melencong-lencong...

bahan2 laksam:
tepung beras 3 cawan
gawam secubit
air 6 cawan (nisbah 1:2)
2 sudu makan minyak masak

bahan2 kuah laksam:
ikan rebus (1 kg)
seinci halia
5 ulas bawang putih
1 labu besar bawang besar
3 ulas bawang merah
11/2 sudu makan lada hitam
6 keping asam keping ( ikut kuantiti kuah)
garam
santan
belacan

bahan2 ulam:
timun
taugeh
kacang panjang
daun kesum
telur
bawang besar

bahan2 sambal:
cili kering yang dah direbus dgn air panas
belacan
limau nipis

cara-cara
1. cara-cara memasak laksam: bancuh tepung beras dgn air tambahkan secubit garam dan minyak masak. kacau sehingga sebati. ketepikan. ambil plastik bungkus lauk potong ikut saiz tudung perik. sapukan minyak diatas tudung periuk dan plastik. panaskan periuk kukus. apabila air sudah mendidih masukkan tudung peiuk yang sudah dilapik dengan plastik biarkan sehingga panas (2-3 minit). tuangkan adunan laksam keatas tudung periuk. masak sehinggan masak (4-5 minit). gulung laksam semasa laksam masih panas.ulang semula sehingga siap ya.

 2. cara-cara memasak kuah laksam: kisar isi ikan, halia, bawang merah, bawang besar,belacan, dan lada. kemudian masukkan santan cair.  masukkan asam keping, garam secukup rasa. didihkan. selepas kauh sudah mendidih dan pekat masukkan pati santan. tunggu sehingga mendididh lagi sekali. tutup api.

3. toskan cili kering yang telah direbus. tumbuk cili tering sehingga lumat dengan belacan dan sedikit garam. kemudiannya apabila sudah lumat perahkan air limau. siap.

4. cara-cara buat ulam: mayang jer nipis-nipis kalau tak tau jugak lempang karang.. nak? hehe peace

cak... !
 tetiba nak menyibuk jugak..puding roti nie beli ya bukan buat.
sedap nie feveret sepanjang zaman... 


Friday 28 February 2014

resepi karipap mudah


Assalamualaikum...
Hari nie entry berunsurkan resepi lagi.. oit jangan gatal mulut nak kata syaza pulak eh. (eleh dia tu tak habis-habis up entry resepi nak tunjuk pandai masak arh tue)..tak baik cakap macam tu. Mana ada syaza pandai masak setakat sikit-sikit je tue pun setakat lauk makan harian dengan kuih yang simple-simple jtu pun kadang jadi kadang tak. Kalau tak percaya cuba suruh syaza masak kuih lapis.. awal-awal lagi surrender memang fail terus lah. Buka apa syaza suka update resepi nie nanti senang kalau nak masak lupa resepi ke boleh search dekat blog sendiri kalau nak tulis atas kertas then simpan memang rasanya tak sampai seminggu bila nak cari balik resepi tue dah lupa kut letak dekat mana. . Rasanya syaza tak masukkan lagi entry resepi karipap ni... (malas nak cari balik entry yang lelama tue). Syaza buat karipap nie hari selasa hari tue buat banyak jugak ingat nak frozen kan lepas tue bagi jiran sikit. Boleh terbuat karipap pun sebab tengok keledek banyak sangat dekat dapur tak tau nak buat apa dah dok nampak karipap jer paling simple pun. Syaza masak inti pukul 5 petang lepas tue berenti sat tengok cerita cina singapura “it’s a wonderful life” cerita tue pun dah tamat dah ganti dengan cerita baru ... buat inti pukul 5 dah tue boleh terlupa tengok cerita cina lagi satu dekat 8tv tajuk “c.h.i.f 2” sedar2 lahh dah habis.. sedih lap air mata... okay kembali kepada tajuk.
Bahan-bahan
Inti karipap
Ubi keledek 4 biji potong dadu
4 sudu makan serbuk kari ayam
Bawang besar 1 labu potong dadu
Bawang putih 5 ulas (cincang)
Isi ayam / udang secukupnya
Garam gula
1½ sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Minyak masak
Daun sup
air
Cara-cara
1.       Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang telah dicincang.
2.       Setelah bawang garing masukkan serbuk kari.
3.       Selepas serbuk kari dah gari @ pecah minyak masukkan isi ayam/udang. Masukkan air.
4.       Masukkan ubi keledek dan air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5.       Setelah ubi empuk dan air hampir kering masukkan bawang besar yang dipotong dadu, lada hitam dan daun sup. Siap.

selalu buat dalam 6-8 bahagian jer nie banyak sampai letih buat

hasil yang tak comel 

goreng first 

inti tergelap sikit sebab terlebih serbuk kari

Bahan-bahan kulit karipap
 cawan tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
Suku cawan minyak masak
½ sudu kecil garam
Air sejuk ( simpan 1 bekas air sejuk dalam peti sejuk bahagian beku dalam 1 jam)
Cara-cara
1.       Panaskan minyak masak dan majerin planta.
2.       Ayak tepung kedalam bekas pengadun.
3.       Tuangkan minyak kedalam tepung.masukkan garam.
4.       Kacau tepung jadi macam serbuk roti.
5.       Masukkan air ais sedikit demi sedikit sehingga menjadi  doh. Kalau doh melekat lekat lagi dekat tangan letah sikit tepung gandum dan uli. Jangan uli lama sangat nanti doh liat dan susah nak bentuk. Dalam 10 minit dah cukup.
6.       Bila adunan dah menjadi doh bahgikan sebesar bola golf dalam beberapa bahagian.
7.       Lepas tue boleh lah bentukkan jadi rupa karipap. Siap. Goreng. Ngap. Makan. Ehh baca bismillah dulu...
#kalau nak gantikan kedek tue dengan kentak pun sedap tak pun campur dua-dua lagi sedap..

Thursday 27 February 2014

senyumlah ahai cek mek molek


Assalamualaikum...
Hai *sambil lambai-lambai ala miss world ...
Lama tak update blog.... bukannya kemana pun Cuma tak sihat sikit ja kena virus M ... peace.
Okay tak mau merapu banyak-banyak nak fokus dekat title entry nie jer..
Penah dengar kuih cek mek moleh.. aloh comelnya nama ... ! kalau tak penah dengar “gua simpati sama lu”. #Eh okay meh sini kita belajar masak kuih nie senang jer dihujung jari jer.
tergelap sikit sebab api terkuat.

Bahan-bahan
Ubi keledek dalam 3 biji yg saiz ikut suka hati.
Gula
Garam
 4 sudu makan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Rebus ubi keledek yang dah dipotong (gaya suka hati) sehingga lembut.
Pastikan ubi yang kita rebus tue sampai air dia kering. Kalau air tak kering nanti ubi melekik.
Lenyekkan ubi sampai mcm nak buat kentang putar tue. masukkan garam sikit jer cubit jerr
Masukkan tepung gandum . kalau rasa ubi banyak tampah sikit tepung tue. tapi jangan banyak sangat nanti keras.
Doh memang melekat dekat tangan semasa menguli . kalau rasa nak senang ambik minyak masak sapu sikit dekat tangan time nak bentukkan kuih tue. 
Cubit doh tue lepas tue penyekkan dia jadi leper letak gula (banyak mana ikut suka nak manis letak lebih) dekat tengah bulatkan adunan tue.. bagi jadi comel bak cek mek molek.. goreng goreng dengan api yang biru yah jangan kuat sangat satgi hangit. Siap. Makan.kenyang.senang hati. 
Sekian terima kasih.
# kalau tak mau letak gula sebagai inti pun boleh buat kosong jer. gentel bulat kecik comel2 goreng pun sedap. 

Wednesday 5 February 2014

throwback : seminggu sebelum exam...

assalamualaikum...
apa yang syaza dan kawan-kawan buat seminggu sebelum exam??


nie hari buat jamuan untuk cikgu-cikgu

hampa mampu masak tomyam ramai-ramai dalam kelas pakai rice cooker? student 6A1 2013 mampu...

carta organisasi hasil gubahan paan

bergambar sampai lemau sebab nanti rindu boleh tengok



captio please.....

we didn't realize we were making memories, we just knew we were having fun"
(yang nie bukan seminggu sebelum exam)











#i'll never stop Nsync -lagu ni sir alam bagi dekat kami dalam kelas muet dia kata "nanti lepas habis sekolah kalau hampa dengar lagu nie mesti hampa akan ingat kawan2 hampa cikgu2 hampa..." macam tue lah. dan apa yang dia kata memang betul bagi syaza.

Monday 3 February 2014

mee goreng paling simple

assalamualaikum..
hari nie kita update resepi pulah eh.. mee goreng mudah jer sebab tak letak cili. budak-budak yang tak makan pedas tue pun boleh makan. senang sangat-sangat main campak-campak siap! dan in sha Allah jadi. "ek eleh dia nie resepi tue pun nak letak" hehe suka hati arh blog syaza kan. hehe (pang!!! lempang sedap dekat pipi syaza) hehe okay tak mau mengaruk banyak-banyak  meh kita terus kepada tajuk utama (ajet-ajet penyampai berita pulokss)
 bahan-bahan.
 mee 1 bungkus
fish cake/ball 1 paket
udang (medium) 10 ekor
isi ayam
tauhu 1
carrot (setengah batang)
bawang putih 5 ulas
sayur sawi
lada hitam 11/2 sudu makan
tomato sebiji
taugeh (secekak)
minyak untuk tumis
garam gula
 cara-cara:
1.panaskan minyak, goreng tauhu yang dah dipotong dadu. ketepikan.
2. tumis bawang putih sehingga garing masukkan isi ayam, udang fish ball/cake, carrot dan tauhu yang digoreng.
3. selepas ayam dan udang masak masukkan mee yang dah dibasuh dengan sedikit air.
4. masukkan batang sayur sawi dan lada hitam.
5. masukkan garam dan gula secukup rasa .
6. masak sehingga mee menjadi lembut dan masak jika perlu tambahkan air untuk melembutkan mee.
7. masukkan tomato yang dah dipotong dadu, sawi daun dan taugeh. kacau siap.
 simple kan! hehe selamat mencuba. bagi yang suka makan pedas tue boleh letak sos atau cili pada untuk dimakan bersama.
- uhhhh sekemanya ayat. huh
untuk sumber inspirasi yang tengah lapar tapi malas nak masak tue.

Friday 31 January 2014

menjemput bidadari

assalamualaikum..
tetiba mood nak letak lirik dekat blog nie..
sapa pernah dengar lagu nie? menjemput bidadari?
haip sapa yang dah pernah dengar dan tahu maksud mendalam tue jangan dok pikir syaza nie dok nak kawin pulak. tadak lah saja nak share dekat sini untuk sesiapa sahaja yang rasa macam dah sampai seru nak mendirikan rumah tangga tue? sila lah dengar lagu nie... (entah apa-apa yang syaza merapu nie) whatever lah  sila dengar dan fahami lirik ya.. sekian terima kasih ..

Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Segera kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari:


Sumber sini

Tuesday 28 January 2014

Ngeri- Gina Yap Lai Yoong

assalamualaikum..
hari nie kita update review novel. syaza suka baca novel fixi sekarang nie entah diri sendiri pun tak tau kenapa.. tapi seriusly seronok kut... ngeri ajerr..novel nie sebenarnya dah agak lama baca tapi nak update tak boleh sebab blog ni arhh buat problem pulak...  nak baca lebih lanjut klik sini ( blog orang perlis menulis). seriusly kalau beli, baca lepas nie mesti ketagih punya dengan novel fixi nie.. sekian terima kasih

nota kaki- entah kenapa syaza rasa semenjak dua tiga menjak nie susah sangat nak keluarkan idea time nak menulis blog. idea dah ada nak tulis tue ayat tak tau nak susun macam mana. buat cerpen pun separauh lepas tu tinggal separuh sebab tak tau nak sambung idea ..

Monday 27 January 2014

love drawing??

assalamualaikum...
dah lama tak boleh nak update blog dah dekat 2 minggu lebih dah... geramnyaaa! entah kenapa macam ada something yang tak kena dekat blog nie... update sangat kut tue yang dia merajuk. huh macam-macam.!!! alhamdulillah nie dah boleh bukak tapi tue lah button dekat asat tue dia jadi putih macam tadak button jer...anyone?? please tolong lah syaza.
okay kembali kepada tajuk love drawing yang omputih sangat lah tue.... syaza nie memang minat melukis sejak dulu lagi tapi kalau suruh study bab lukisan nie memang fail lah....sebab syaza lebih suka main dengan nombor nie.. syok ja belajar rasa enjoy jer.. lagi pun syaza minat melukis nie as a hobby jer..
nak tengok apa yang syaza lukis.. ? syaza lebih suka kepada nak design baju, lukis potrait kerr macam tue lah kalau pemandangan sebijik lukisan budak-budak darjah 1.. seriusly..!
antara lukisan hasil syaza lukis yang tak berapa cantik bagi hampa semua tapi bagi syaza cantik lahh.. (masuk bakul) hehe
in the making of.........

cepat teka muka sapa nie tanpa scrol ke bawah..

close up sikit mata tue..
Add caption

jeng jeng jeng.! lee kwang soo 

tengok dekat hatta dolmat mau histeria dia tngok apa aku lukis nie... hodoh sangat kut??


entah apa-apa nie?

sesi melukis bersama nayli hannah.. hehe

okay syaza tau hampa tengah kutuk syaza tue kata tak sama pun... hehe



nota kaki- semenjak dua tiga menjak nie kan minat betul nak belajar bahasa mandarin lebih lagi (rajin sangat dok tengok cerita cina pagi petang malam).. sebelum nie tak sikit-sikit je nak sebut.... sekarang entah macam nak cari kelas saja nak belajar menulis dengan sebut dengan betul....! hallo Dàjiā hǎo! Wǒ shì Nur Syaza Rafiae!wǒ jiào ca jaa.! maksud dia hai semua saya nur syaza saya dipanggil ca jaa... sekian

Sunday 12 January 2014

part-time homemaker...

assalamualaikum..
aduhhh letihnya....*lap peluh
syaza dah jadi suri rumah separuh masa sekarang nie.. sebabnya mak tadak balik kampung jaga tokwan sakit semua nak ikut mak balik kampung tak boleh pulak sebab adik sekolah dengan abah keja.. syaza lah yang kena ganti keja mak dalam rumah nie. selalunya dekat rumah keja rumah nie bahagi dua dengan mak tapi sekarang semuanya syaza kena buat.. (eh bukan nak mengadu atau mengungkit nie cuma nak cerita) understand...
dari memasak,cuci pinggan mangkuk, kemas rumah, sapu lantai,moop lantai, lipat baju, jemur baju .... semua kena buat sendiri.. nak suruh dekna dia sekolah so kena lah buat sendiri...
yang pening kepalanya bab nak masak sampai tak tau nak masak apa.. malam dok fikir esok pagi nak masak apa, bila pagi pulak dok fikir tengah hari nie nak masak apa...
mak balik kampung dah 4 hari 3 malam lagi makin lama mak duduk kampung makin habis idea tak tau nak masak apa...
pagi-pagi ja lepas kemas rumah wajib call mak tanya mak nak masak apa?
bila mengadu kata "adik dah letih la masak-masak kemas rumah nie mak...mak bila nak balik" ..mula lah mak bukak cerita lain kata tue lah nie lah ..belajar-balajar lah kemas rumah memasak apa semua ... pastu boleh pulak dikaitkan dengan kawin-kawin bagai nie.. adoii laju-laju syaza cakap kredit nak habis dah hehehe..
hari first jumaat syaza masak sup ikan sahaja...
hari sabtu pulak buat sup ayam dengan ikan goreng sumbat sambal
hari ahad breakfast buat sardin makan dengan roti lepas tue untuk tengah hari buat ikan gerut masak asam dengan masak lemak bendi..
hari nie pulak masak cucur jagung dengan nasik goreng telur untuk breakfast untuk makan tengah hari syaza masak sayur campur dengan sotong masak kicap... tidaknya sotong tue nak buat sambal ja tapi lepas jer timbang bersih mood malas nak potong cili kering terus jadi masak kicap.. ... esok pulak tak tau lah nak masak apa tak tanya mak kita tanya pakcik google lah nak masak apa hari nie..?


sardin + roti breakfast hari ahad (pict nie terbalik sebenarnya hehe)

lunch hari nie sambal sotong malas dengan sayur campur

breakfast pagi tadi cucur jagung dengan nasik goreng telur
*tengok ja nasik tue putih tapi pedas sampai pening kepala


#esok lusa tak tau lah nak masak apa... mak balik la cepat.
p/s mood malas nak online sekarang nie tak tau kenapa. twitter pun sepi jerrr. sedihh *lap ayaq mata

Thursday 9 January 2014

Masak Sambal Kicap VS Masak Asam

assalamualaikum...
entry hari nie bertajukkan makanan redha jer lah dekat sapa-sapa yang tengah lapar tue....
nak letak resepi.. (haha rasanya) tapi agenda sebenarnya nak cerita tentang family syaza yang selalunya akan berhujah/bertengkar dulu kalau nak masak contohnya masak sambal kicap dengan masak asam nie lah yang akan dihujahkan
kalau masak lauk-lauk yang lain tue masak jerr semua orang akan makan tak payah nak bising-bising tapi kalau sambal kicap dengan masak asam nie selalu kena hujah dulu sebab takut ada yang tak makan nanti..
dalam rumah nie tak semua suka sambal kicap ...contohnya abah tak berapa suka sangat masak sambal kicap (masak kicap pedas) tapi syaza dengan najmina suka masak sambal kicap nie.. kalau masak asam tue pulak memang abah suka tapi kami yang lain nie pulak tak suka kalau ada beli ikan yang sesuai untuk masak 2 jenis masakan nie memang abah akan suruh masak asam lah... untuk nak selesaikan masalah nie hah senang jer ikan yang beli tu kan banyak/besar so bahagi 2 lah hari nie masak asam esoknya masak sambal kicap.. jadi selesailah masalah mak nak melayan anak dengan abah  nak makan macam-macam ni..haha banyak kerenah betul...
google image: kredit untk pemiliknya


resepi ikan masak sambal kicap(masak kicap pedas)
bawang merah 2 ulas
bawang putih 3 ulas
bawang besar 1 labu
1 keping asam keping
halia setengah inci
garam
gula
1/2 cawan air (kalau nak masak kering tak perlu air kalau nak berkuah letakkan air)
cili padi 7 biji (tak letak pun okay jer)
pes cili kering dalam setengah mangkuk (kalau nak pedas letak banyak2)
kicap (agak2 nak letak banyak mana )
minyak masak
ikan 4 ketul (jenis apa pun okay jerr lagi sedap ikan pisang, gerut2 atau ikan selayang, ikan kembung)

cara-cara
1.masukkan minyak masak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuninggan.
2. masukkan pes cili kering .. goreng sehingga pecah minyak (sambal jadi garing)
3. masukkan asam keping. garam gula secukup rasa.kacau..
4. masukkan kicap dan air..
5. masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau tunggu sehingga masak
6. masukkan cili padi dan bawang besar yang dah dipotong comel-comel
haha sekian saja.. senang jerrr kan..
p/s kalau nak masakan yang kita masak tue wangikan time tumis tue masukkan 1 batang serai yang dah dititik..
image dari encik google kredit untk pemiliknya


resepi ikan masak asam.
bawang putih 4 ulas
bawang merah 3 ulas
bawang besar 1 labu
halia 1 inci
cili padi 7 biji
garam
gula
air asam jawa dalam setengah cawan
minyak masak
ikan 4 ketul (jenis apa pun okay jerr lagi sedap ikan pisang, gerut2 atau ikan selayang, ikan kembung) 

cara-cara.
1. panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga garing..
2. masukkan air asam jawa ..
3. masukkan garam dan gula secukup rasa..
4. masukkan ikan yang telah digoreng bersama kunyit dan garam
5. tunggu sehingga mendidih
6. masukkan bawang besar dan cili padi yang telah dipotong cute2 hahaha... senang jerkan try lah kalau sudi kalau tak sudi pun try lah...

sekian terima kasih..

-: harap maklum tuan blog nie selalu alami penyakit lupa-lupa sebab tue lah bila masak lupa nak ambik gambar bila tengah makan @ dah habis makan baru teringat... "aaaa dah makan lupa nak ambik gambar nak update blog nanti google image jugak lah jawapnya" tue lah yang selalu terjadi dekat syaza...




Tuesday 7 January 2014

new year yang dah terlambat

assalamualaikum..
rindunya.. lama tak update blog dah berabuk dah.. alhamdulillah hari nie dapat hidayah jugak nak update blog..! pejam celik pejam celik sat jer tengok- tengok calender dah berubah tahun .. rasanya masih tak terlambat untuk syaza ucapkan selamat tahun baru.... semoga tahun nie semuanya berjalan dengan lancar dan dapat jadi lebih baik dari tahun sebelum ini...wishlist tahun nie??? banyak sangat dan tak perlu kut untuk syaza letak dalam blog nie sebab takut nanti tak dapat nak capai malu pulak....
rasa sedih pulak bila dah meninggalkan tahun 2013 nie.. ya lah banyak yang  dah syaza belajar dalam tahun 2013 nie dan bila dah masuk 2014 nie maknanya dah habis lah riwayat student STPM 2013 sebagai seorang pelajar di sekolah.. lepas nie dah tadak dah nak pakai uniform sekolah bagai nie.. ahh rindunya.! ada sekali tue sampai termimpi-mimpi nak pakai baju sekolah.....
untuk tahun 2014 nie syaza harap syaza dapat belajar sesuatu yang baru dalam hidup nie dan dapat menjadi lebih baik dari tahun lepas benda-benda lagha yang tahun lepas tue semua nak buang jauh-jauh dah ..rasanya bila habis sekolah nie macam mudah sikit nak elak dari benda-benda lagha yang dulu rajin sangat buat dekat sekolah....in sha Allah syaza berjanji akan berubah dan menjadi yang terbaik untuk tahun nie ....
awal tahun nie kehidupan diteruskan macam biasa saja..
duduk rumah tunggu result STPM, (ingat nak masuk kelas apa-apa tadak lah rasa macam buang maca macam tue aje kan?... ) tolong mak dekat dapur kemas rumah/ masak-masak, running man , twitter, cari movie yang syok, ushar-ushar blog orang... mcm tue lah kehidupan sekarang nie...
okay tetiba rasa macam mengarut pulak dok merapu sorang-sorang nie... bye...
p/s doa-doakanlah syaza selalu update blog nie.. selalu kalau online dok nampak nak blogwalking ajer blog sendiri dilupakan.... okay tetiba rasa macam nak tambah azam tahun nie nak selalu update blog......
happy new year


4/1/2014 hari tue mesti ramai yang tahu yang lee kwang soo (running man) ada fan meeting dekat Malaysia haha syaza pun terjebak excited walaupun tak pi fan meeting tue..