Monday 24 March 2014

laksam

assalamualaikum...
hello peeps.. haha lama tak update blog tetiba hari nie update dengan entry berunsurkan resepi pulak. haha almaklumlah resepi mana boleh dibiarkan lama-lama karang basi pulok.syaza tengah sibuk dengan projek "rahsia" yah ..nanti dah siap keja tue semua kalau rajin syaza tunjuk hasil dekat sini eh. nie first time ok FIRST TIME syaza buat laksam . tapi... jadi okay JADI! haha bangga sat. buat tue pun sambil buat tanya mak yang itu ini. nie kes tengok tv rancangan masakan dia buat laksam terus terpengaruh lelaju search google dengan tanya mak macam mana nak buat laksam.. okay takmau cakap banyak satgi orang menyampah so moh le kite ke niat yang sebenar ya jangan melencong-lencong...

bahan2 laksam:
tepung beras 3 cawan
gawam secubit
air 6 cawan (nisbah 1:2)
2 sudu makan minyak masak

bahan2 kuah laksam:
ikan rebus (1 kg)
seinci halia
5 ulas bawang putih
1 labu besar bawang besar
3 ulas bawang merah
11/2 sudu makan lada hitam
6 keping asam keping ( ikut kuantiti kuah)
garam
santan
belacan

bahan2 ulam:
timun
taugeh
kacang panjang
daun kesum
telur
bawang besar

bahan2 sambal:
cili kering yang dah direbus dgn air panas
belacan
limau nipis

cara-cara
1. cara-cara memasak laksam: bancuh tepung beras dgn air tambahkan secubit garam dan minyak masak. kacau sehingga sebati. ketepikan. ambil plastik bungkus lauk potong ikut saiz tudung perik. sapukan minyak diatas tudung periuk dan plastik. panaskan periuk kukus. apabila air sudah mendidih masukkan tudung peiuk yang sudah dilapik dengan plastik biarkan sehingga panas (2-3 minit). tuangkan adunan laksam keatas tudung periuk. masak sehinggan masak (4-5 minit). gulung laksam semasa laksam masih panas.ulang semula sehingga siap ya.

 2. cara-cara memasak kuah laksam: kisar isi ikan, halia, bawang merah, bawang besar,belacan, dan lada. kemudian masukkan santan cair.  masukkan asam keping, garam secukup rasa. didihkan. selepas kauh sudah mendidih dan pekat masukkan pati santan. tunggu sehingga mendididh lagi sekali. tutup api.

3. toskan cili kering yang telah direbus. tumbuk cili tering sehingga lumat dengan belacan dan sedikit garam. kemudiannya apabila sudah lumat perahkan air limau. siap.

4. cara-cara buat ulam: mayang jer nipis-nipis kalau tak tau jugak lempang karang.. nak? hehe peace

cak... !
 tetiba nak menyibuk jugak..puding roti nie beli ya bukan buat.
sedap nie feveret sepanjang zaman... 


No comments:

Post a Comment