Assalamualaikum...
Hari nie entry berunsurkan resepi lagi.. oit
jangan gatal mulut nak kata syaza pulak eh. (eleh dia tu tak habis-habis up
entry resepi nak tunjuk pandai masak arh tue)..tak baik cakap macam tu. Mana
ada syaza pandai masak setakat sikit-sikit je tue pun setakat lauk makan harian
dengan kuih yang simple-simple jtu pun kadang jadi kadang tak. Kalau tak
percaya cuba suruh syaza masak kuih lapis.. awal-awal lagi surrender memang
fail terus lah. Buka apa syaza suka update resepi nie nanti senang kalau nak
masak lupa resepi ke boleh search dekat blog sendiri kalau nak tulis atas
kertas then simpan memang rasanya tak sampai seminggu bila nak cari balik
resepi tue dah lupa kut letak dekat mana. . Rasanya syaza tak masukkan lagi
entry resepi karipap ni... (malas nak cari balik entry yang lelama tue). Syaza
buat karipap nie hari selasa hari tue buat banyak jugak ingat nak frozen kan
lepas tue bagi jiran sikit. Boleh terbuat karipap pun sebab tengok keledek
banyak sangat dekat dapur tak tau nak buat apa dah dok nampak karipap jer
paling simple pun. Syaza masak inti pukul 5 petang lepas tue berenti sat tengok
cerita cina singapura “it’s a wonderful life” cerita tue pun dah tamat dah
ganti dengan cerita baru ... buat inti pukul 5 dah tue boleh terlupa tengok
cerita cina lagi satu dekat 8tv tajuk “c.h.i.f 2” sedar2 lahh dah habis.. sedih
lap air mata... okay kembali kepada tajuk.
Bahan-bahan
Inti karipap
Ubi keledek 4 biji potong dadu
4 sudu makan serbuk kari ayam
Bawang besar 1 labu potong dadu
Bawang putih 5 ulas (cincang)
Isi ayam / udang secukupnya
Garam gula
1½ sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Minyak masak
Daun sup
air
Cara-cara
1.
Panaskan minyak. Tumis bawang
putih yang telah dicincang.
2.
Setelah bawang garing masukkan
serbuk kari.
3.
Selepas serbuk kari dah gari @
pecah minyak masukkan isi ayam/udang. Masukkan air.
4.
Masukkan ubi keledek dan air. Masukkan
garam dan gula secukup rasa.
5.
Setelah ubi empuk dan air hampir
kering masukkan bawang besar yang dipotong dadu, lada hitam dan daun sup. Siap.
selalu buat dalam 6-8 bahagian jer nie banyak sampai letih buat |
hasil yang tak comel |
goreng first |
inti tergelap sikit sebab terlebih serbuk kari |
Bahan-bahan kulit
karipap
3½ cawan tepung gandum
4 sudu makan majerin
planta
Suku cawan minyak
masak
½ sudu kecil garam
Air sejuk ( simpan 1
bekas air sejuk dalam peti sejuk bahagian beku dalam 1 jam)
Cara-cara
1.
Panaskan minyak masak dan majerin
planta.
2.
Ayak tepung kedalam bekas
pengadun.
3.
Tuangkan minyak kedalam tepung.masukkan
garam.
4.
Kacau tepung jadi macam serbuk
roti.
5.
Masukkan air ais sedikit demi
sedikit sehingga menjadi doh. Kalau doh
melekat lekat lagi dekat tangan letah sikit tepung gandum dan uli. Jangan uli
lama sangat nanti doh liat dan susah nak bentuk. Dalam 10 minit dah cukup.
6.
Bila adunan dah menjadi doh
bahgikan sebesar bola golf dalam beberapa bahagian.
7.
Lepas tue boleh lah bentukkan jadi
rupa karipap. Siap. Goreng. Ngap. Makan. Ehh baca bismillah dulu...
#kalau nak gantikan kedek tue
dengan kentak pun sedap tak pun campur dua-dua lagi sedap..
Black Titanium Wedding Band | Titanium Art
ReplyDeleteBlack titanium muzzle brake Titanium Wedding Band is a Wedding Band that combines elements from ffxiv titanium nugget the natural world. Black titanium piercings Diamond Necklace, Spinning ford escape titanium Diamond Necklace, and titanium watch band