Tuesday 30 September 2014

i am 20 already

Assalamualaikum..
dah lama tak menulis disini semakin hari semakin jauh dengan blog kesayangan semakin melupakan kecintaan dengan aktiviti menulis. Dah tumpul otak rasanya bila tak menulis bila rasa nak menulis saja tangan lama di keyboard tapi tak bergerak-gerak lancar macam dulu yang kalau ada ja apa yang nak ditulis laju saja jari ni bergerak tapi sekarang jenuh jugak nak pikir ayat yang sesuai bila nak menulis.. adat lah kalau terlupa itu ini kan. Sempena hari ni yang amat istimewa untuk syaza, syaza merajinkan lah diri yang malas gila nie untuk menulis satu dua kata.


 Alhamdulillah hari ni 1 oktober 2014  (12:15 tnghhari) syaza dah genap 20 tahun... dah takda angka satu didepan umur. Dah tua dah rasanya dah boleh kawin Eh. semoga menjadi semakin matang dan kuat untuk menepuhi kehidupan dan semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T...amin



Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu. Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…Amin ..

Saujana - Selamat Hari Lahir
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan…

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia



No comments:

Post a Comment