Thursday 15 May 2014

TERIMA KASIH CIKGU

assalamualaikum...
dah lama tak update blog walaupun duduk dekat rumah bukanlah busy sangat pun..setakat kemas rumah masak sikit-sikit saja... entah la kenapa malas sangat sekarang nie nak update blog. ingat nak update resepi yang dah bersusun. segala jenis lauk kek kuih.. tapi tak update-update lagi. okay sempena hari guru nie syaza merajinkan diri  meng"update" blog secara langsung khas untuk menyampaikan ucapan selamat hari guru.. syaza ucapakan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru yang telah mengajar syaza "THANK YOU" teacher, cikgu, ustaz, ustazah, sir........ thank you for guiding me, inspiring me,and making me what i am today you are the very best teachers that i have and thank you for being a wonderful teachers ... i love you. Kepada semua cikgu di dunia ini tak kiralah yang megajar subjek apa sekalipun sama ada cikgu tadika, cikgu taska, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu sekolah memasak menjahit, bertukang, cikgu sekolah memandu , pensyarah dan semua para pengajar syaza ucapakan "SELAMAT HARI GURU"...bila bercakap tentang cikgu syaza teringat cikgu-cikgu yang dah mengajar syaza yang buat syaza ingat depa sampai sekarang dari zaman tadika sampailah ke zaman pra-u...cikgu yang syaza paling ingat waktu zaman tadika cikgu zuyah di tadika kemas batu hampar hehe cikgu tue baik sangat ingat lagi hari first masuk tadika waktu tue baru umur 5 tahun .. syaza teriak depan pintu tadika tak mau masuk kelas sebab takut even ada kak yang dok belajar sekali satu tadika. bila cikgu zuyah pujuk last-last syaza masuk jugak kelas. waktu umur 6 tahun pulak ingat lagi selalu kalau habis kelas syaza lah yang akan jadi orang lah yang parents jemput sebab abah/mak selalu jemput syaza balik sekolah lambat. cikgu zuyah lah yang selalu teman sampai abah/mak datang jemput syaza tak pun jiran yang datang jemput dekat tadika..  waktu zaman sekolah rendah pulak dekat skbh cikgu yang syaza ingat cikgu johari, cikgu hayati, dan cikgu zawadi, .. cikgu johari syaza boleh ingat dia sampai sekarang sebab dia selalu manjakan syaza dekat sekolah . cikgu nie dia mengajar syaza subjek bahasa melayu waktu tahun 2.. cikgu johari ni jugak cikgu rumah sukan syaza (rumah biru)  selalu kalau ada latihan sukan syaza tak boleh join sebab lelah kena duduk tepi padang cikgu nie lah yang selalu bawak syaza ronda-ronda padang naik motor dia warna biru bila semua orang ada aktiviti dekat hujung padang  .. huhu syok ooo . kalau dalam kelas pulak selau kalau time bm best jer sebab dulu waktu darjah 2 duduk dalam kelas kena duduk sebelah budak lelaki budak tue pulak kaki pembuli bila time kelas bm syaza akan duduk meja cikgu sebab cikgu tu tau budak tue suka buli syaza hehe . cikgu hayati nie pulak boleh ingat dia sebab dia garang tapi dia baik.. dia mengajar subjek mathematic dengan music kalau time kelas mathematic saja Ya Allah kecut perut nie sebab nak kena jawap soalan math yang dia bagi .. lepas tue kalau lambat jawap kena tahan kelas balik lambat stress .. garang-garang cikgu nie dia baik ingat lagi waktu darjah 3 syaza kena demam campak dekat sebulan tak pi sekolah bila dah lega jer pi sekolah cikgu hayati take care sungguh dekat syaza macam dia rindu sangat dekat syaza .. hehe cikgu zawadi pulak syaza boleh ingat dekat dia sebab dia mengajar syaza subjek bm waktu darjah 4 tahun terakhir syaza belajar dekat sekolah tue.. cikgu zawadi nie dia jenis nak anak murid dia semua kena hafal segala simpulan bahasa dan peribahasa .. setiap hari sebelum mula kelas dia akan tanya peribahasa.. berpuluh-puluh peribahasa / simpulan bahasa syaza boleh hafal time tue sekali dengan maksud. sekarang dah lupa dah.. huhu . dekat skps tak berapa ingat sangat cikgu yang mengajar syaza dekat situ sebab sekolah sat saja 2 tahun. yang ingat pun nama ajer. masuk sekolah menengah pulak waktu tingkatan 1-2 tak berapa sangat rapa dengan cikgu yang rapat pun dengan cikgu sham yang mengajar subjek sains selalu kalau kelas dia kena pi makmal syaza lah orang first yang akan sampai dengan izni. waktu form 3 pulak cg yang paling syaza ingat cikgu wan dengan cikgu sabariah. syaza lemah sangat dalam subjek sains dengan mathematic waktu form 1-2 tapi disebabkan 2 orang cikgu nielah syaza boleh skor dalam pmr. siap dapat "A" lagi subjek sains .. cikgu wan pulak dialah pencetus syaza mula minat subjek berkaitan mathematic.. daripada selalu  aci lepas ajer lepas tue dapat "C" lepas tue bila PMR syaza skor... waktu form 4-5 pulak cikgu yang sama mengajar syaza cikgu sham mengajar subjek chemistry , cikgu wan pulak mengajar subjek physics. waktu form 5 syaza ambik subjek akaun cikgu yang mengajar subjek nie "cikgu makalthom" cikgu nie sangat best kalau time kelas dia . dia ada cara tersendiri yang akan buat students dia akan ingat dia sampai bila-bila.. last sekali zaman pra-u yang syaza still ingat sampai sekarang ya lah x sampai setahun lagi takkan dah lupa.. cikgu shukri yang ajar subjek ekonomi cikgu best sangat sebab kalau cikgu ajar sentiasa faham saja sampai cikgu bengang tadak orang nak tanya tapi bila exam kantoi ramai-ramai buat cikgu bertambah bengang .. cikgu fakri yang sporting layan students dia yang huhahuha.. cikgu azila even cikgu nie cikgu ganti saja waktu cikgu fakri pi "pakistan kut" .. tapi cikgu azila best cikgu layan student macam adik-adik cikgu saja, cikgu norzila yang best sangat sebab selalu suruh hafal macam-macam tentang perniagaan.. dan cikgu zulkifli yang selalu nama ayah cikgu lebih glemer dari cikgu sangatlah best  " thumb up"..akhir sekali sayang cikgu semua cikgu yang dah mengajar saya... terima kasih cikgu tiada emas permata mahu pun intan berlian yang mampu saya berikan sebagai tanda ucapan terima kasih diatas jasa cikgu yang terlalu banyak cikgu taburkan buat saya hanya doa sahaja yang sentiasa dititipkan buat semua cikgu, semoga cikgu-cikgu sentiasa dalam rahmat  ALLAH S.W.T dan diredhaiNYA  .. terima kasih cikgu..


No comments:

Post a Comment