Thursday 27 March 2014

soft-pretzel

assalamualaikum...
asal update blog ada jer resepinya... asal ada resepi baru nak update blog. dah jadi blog masak memasak pulak dah. nak buat macam mana tadak bahan nak cerita apa kalau ada ja resepi baru baru nak update blog. penah makan soft-pretzel ada pretzel yang macam biskut punya tapi yang nie macam roti... alah macam pastry ja senang nak buat rupa-rupanya ingatkan susah....okay takmau cakap banyak-banyak naik meyampah pulak satgi..
bahan-bahan:
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1 sudu yis segera
4 sudu gula
1/2 sudu garam
21/2-3 cawan tepung gandum
minyak
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan air didih
4 sudu butter dicairkan

cara-cara:
1. satukan air, susu segar, air dan gula, kacau. tunggu sehingga yis kembang dalam 10 minit.
2. masukkan garam. kacau sehingga garam hancur.
3. masukkan tepung sedikit demi sedikit. apabila sudah liat uli tepung dengan tangan sehingga tepung tidak melekat pada tangan dan bekas.
4. basuh bekas pengadun. selepas itu sapu bekas dengan sedikit minyak. uli semula doh sehingga doh berselaput dengan minyak.
5. rehatkan doh sehingga 2x ganda besar.  tutup doh dengan menggunakan kain lembap.
6. setelah doh sudah naik. bahaagikan kepada bahagian-bahagian kecil(mcm buat karipap). lepas tu gelekkan doh tu sampai jadi panjang.
7. bila dah panjang bentukkan U , temukan dekat bahagian hujung lepas tu pusing 2-3 kali then tolak kebahagian belakang kepit .. siap. (syaza buat macam-macam rupa jadi)
8. bancuh soda bikarbonat dengan air didih. celup pretzel yg dah dibentukkan dalam air soda bikarbonat. angkat kalau basah sangat lap sedikit dgn tisu. sapu atau celup dgn butter yang dah dicairkan. letakkan diatas tray yang dah disapu dengan minyak atau butter.
9. bakar selama 20 minit dengan suhu 200 degree celcius... siap boleh makan dengan kaya atau susu cair. kalau nak gulung sosej dalam pretzel tue pun boleh tapi dah tak jadi pretzel lah..
# dok jenguk-jenguk resepi croissant.. tapi susah weh susah nak buat kena ashik keluar masuk peti sejuk. bahan tue senang saja..
sila guna susu full cream ya adik2 jgn jadi mcm ahkak sbab x berapa umphh

tngok ja kecik bila dah naik.. huh besar dapat 10 bahagian kut

kena tunggu depan oven takut hitam.. kan boleh pecaya sngat 

ada yang tabur gula ada yang tak. yang rupa hodoh2 tue cubaan pertama . tadak rupa pretzel sangat haha








No comments:

Post a Comment