Sunday 12 January 2014

part-time homemaker...

assalamualaikum..
aduhhh letihnya....*lap peluh
syaza dah jadi suri rumah separuh masa sekarang nie.. sebabnya mak tadak balik kampung jaga tokwan sakit semua nak ikut mak balik kampung tak boleh pulak sebab adik sekolah dengan abah keja.. syaza lah yang kena ganti keja mak dalam rumah nie. selalunya dekat rumah keja rumah nie bahagi dua dengan mak tapi sekarang semuanya syaza kena buat.. (eh bukan nak mengadu atau mengungkit nie cuma nak cerita) understand...
dari memasak,cuci pinggan mangkuk, kemas rumah, sapu lantai,moop lantai, lipat baju, jemur baju .... semua kena buat sendiri.. nak suruh dekna dia sekolah so kena lah buat sendiri...
yang pening kepalanya bab nak masak sampai tak tau nak masak apa.. malam dok fikir esok pagi nak masak apa, bila pagi pulak dok fikir tengah hari nie nak masak apa...
mak balik kampung dah 4 hari 3 malam lagi makin lama mak duduk kampung makin habis idea tak tau nak masak apa...
pagi-pagi ja lepas kemas rumah wajib call mak tanya mak nak masak apa?
bila mengadu kata "adik dah letih la masak-masak kemas rumah nie mak...mak bila nak balik" ..mula lah mak bukak cerita lain kata tue lah nie lah ..belajar-balajar lah kemas rumah memasak apa semua ... pastu boleh pulak dikaitkan dengan kawin-kawin bagai nie.. adoii laju-laju syaza cakap kredit nak habis dah hehehe..
hari first jumaat syaza masak sup ikan sahaja...
hari sabtu pulak buat sup ayam dengan ikan goreng sumbat sambal
hari ahad breakfast buat sardin makan dengan roti lepas tue untuk tengah hari buat ikan gerut masak asam dengan masak lemak bendi..
hari nie pulak masak cucur jagung dengan nasik goreng telur untuk breakfast untuk makan tengah hari syaza masak sayur campur dengan sotong masak kicap... tidaknya sotong tue nak buat sambal ja tapi lepas jer timbang bersih mood malas nak potong cili kering terus jadi masak kicap.. ... esok pulak tak tau lah nak masak apa tak tanya mak kita tanya pakcik google lah nak masak apa hari nie..?


sardin + roti breakfast hari ahad (pict nie terbalik sebenarnya hehe)

lunch hari nie sambal sotong malas dengan sayur campur

breakfast pagi tadi cucur jagung dengan nasik goreng telur
*tengok ja nasik tue putih tapi pedas sampai pening kepala


#esok lusa tak tau lah nak masak apa... mak balik la cepat.
p/s mood malas nak online sekarang nie tak tau kenapa. twitter pun sepi jerrr. sedihh *lap ayaq mata

No comments:

Post a Comment