Monday 3 February 2014

mee goreng paling simple

assalamualaikum..
hari nie kita update resepi pulah eh.. mee goreng mudah jer sebab tak letak cili. budak-budak yang tak makan pedas tue pun boleh makan. senang sangat-sangat main campak-campak siap! dan in sha Allah jadi. "ek eleh dia nie resepi tue pun nak letak" hehe suka hati arh blog syaza kan. hehe (pang!!! lempang sedap dekat pipi syaza) hehe okay tak mau mengaruk banyak-banyak  meh kita terus kepada tajuk utama (ajet-ajet penyampai berita pulokss)
 bahan-bahan.
 mee 1 bungkus
fish cake/ball 1 paket
udang (medium) 10 ekor
isi ayam
tauhu 1
carrot (setengah batang)
bawang putih 5 ulas
sayur sawi
lada hitam 11/2 sudu makan
tomato sebiji
taugeh (secekak)
minyak untuk tumis
garam gula
 cara-cara:
1.panaskan minyak, goreng tauhu yang dah dipotong dadu. ketepikan.
2. tumis bawang putih sehingga garing masukkan isi ayam, udang fish ball/cake, carrot dan tauhu yang digoreng.
3. selepas ayam dan udang masak masukkan mee yang dah dibasuh dengan sedikit air.
4. masukkan batang sayur sawi dan lada hitam.
5. masukkan garam dan gula secukup rasa .
6. masak sehingga mee menjadi lembut dan masak jika perlu tambahkan air untuk melembutkan mee.
7. masukkan tomato yang dah dipotong dadu, sawi daun dan taugeh. kacau siap.
 simple kan! hehe selamat mencuba. bagi yang suka makan pedas tue boleh letak sos atau cili pada untuk dimakan bersama.
- uhhhh sekemanya ayat. huh
untuk sumber inspirasi yang tengah lapar tapi malas nak masak tue.

No comments:

Post a Comment