Wednesday 18 April 2012

MUJHSE DOSTI KAROGE

The Medley-Mujhse Dosti Karoge Song [HD] Part 1.mp4
mujhse dosti karoge
Hye... semalam aku tengok cerita hindustan (aku nie tak lar minat sangat cerita hindustan tapi boleh aje nak layan tambah-tambah kalau cerita yang romantik camtue hah) tajuknya 'mujhse dosti karoge' dekat tv2 layan cerita tue best sangat-sangat..... hem kalau sebut cerita tu mesti semua orang pernah tengokkan. Cerita tue aku boleh bagi 10bintang dalam 10bintang. Kalau aku jadi pooja dengan raj dalam cerita tue sure aku pening sebab kalau aku pilih sahabat aku yang akan sengsara tapi kalau aku pilih cinta sahabat aku yang akan sengsara. Moral yang aku dapat dari cerita tue banyak sangat antaranya sahabat adalah segala-galanya berbanding cinta, cinta boleh dicari tapi sahabat yang sanggup berkorban untuk kebahagian kita susah nak cari bertuah Tina sebab ada kawan macam Raj n Pooja tue kan. Satu lagi moral yang aku dapat di akhir cerita tue ialah apa yang terjadi dalam hidup kita semua telah ditentukan YANG MAHA ESA sejak dari lohmahfus lagi 'segala yang baik itu datang dari-NYA segala kekuranggan itu datang dari kita sendiri'.  So hargailah apa yang korang ada sekarang nie yer.

SINOPSIS=
Kisah tentang tiga sahabat yang membesar bersama di sebuah pekan kecil iaitu Simla di India, tetapi Raj telah mengikut keluarganya berpindah ke London. Raj telah menghantar e-mail kepada Tina, tanpa pengetahuannya Pooja yang telah membalas segala e-mail yang dihantar olehnya. Dari situ wujudlah perasaan sayang dan cinta Raj kepada Tina, iaitu gadis yang disangka membalas e-mailnya selama ini, walaupun realitinya Pooja lah gadis itu.
Apabila mengetahui yang Raj akan pulang ke India, Pooja telah meminta Tina berlakon yang memang Tina lah penulis e-mail tersebut. Dan Tina bersetuju setelah di pujuk Pooja.

Semasa di stesen keretapi di Simla, Raj terus menuju ke arah Tina tanpa memperdulikan Pooja kerana Raj tertarik kepada kecantikan yang dimiliki Tina. Pooja berasa kecewa tetapi dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Dia tahu itu bukan salah Raj. Dan dia sedar dia tidaklah secantik dan seseksi Tina.

Raj cuba membuatkan Tina meluahkan perasaannya namun dia merasakan yang reaksi Tina berlainan daripada cerita-cerita yang pernah di tulis di dalam e-mailnya. Tina bagaikan tidak mengerti dengan apa yang di katakan olehnya. Dan bila Raj mengajukan tentang kemuskilannya itu kepada Pooja, Pooja telah memujuknya supaya memberikan masa kepada Tina mengesuaikan diri. Dia juga menyatakan berdepan dengan orangnya tidak sama dengan menulisnya. Dan Raj juga berasa pelik apabila melihat Pooja lebih memahami dirinya.

Bila Raj terpaksa balik ke London kerana ada tugas yang perlu disiapkan, Tina masih belum mahu menyatakan rasa hatinya kepada Raj. Walaupun Raj berkali-kali memujuknya.

Di London, apabila Raj menceritakan tentang Tina dan Pooja kepada kawannya, Roonie, dia merasakan yang Pooja lebih banyak mengetahui tentang dirinya berbanding Tina. Dan Roonie telah mengusiknya, dengan mengatakan yang dia bertuah kerana Tina sememangnya cantik kalau tidak ....

Tanpa pengetahuannya, Pooja telah datang ke London untuk menghadiri temuduga untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti London. Dan Raj telah membawanya mengelilingi bandar London. Semasa dalam perjalanan, Pooja telah terpandang sebuah gereja yang selalu dikunjungi Raj. Dan di situ Pooja telah menyanyikan nada yang telah di berikan Raj dahulu dan terlupakan bahawa Raj berada di situ bersamanya. Apabila dia tersedar, dia dengan cepat mendiamkan diri.

Raj telah terdengarkan nada itu dari mulut Pooja. Dan memandangPooja seakan tidak percaya. Di masa itu dia teringat kembali segala peristiwa yang berlaku ketika dia bersama Pooja di India.

Apabila dia bertanya kepada Pooja tentang perkara itu dan kenapa Pooja membohonginya. Pooja mengingatkan dia kembali kepada tulisannya bahawa Raj tidak memerlukan gambar untuk mengenalinya kerana gambarnya telah terpahat di dalam hati. Tetapi Raj tidak terfikir bahawa kemungkinan yang Tina boleh menjadi Pooja kerana Tina begitu cantik pada pandangan mata Raj. Dan Pooja juga tahu yang Tina menyintai Raj, cuma malu nak meluahkan isi hatinya.

Raj menafikan yang dia menyintai Tina. Gadis yang dicintainya adalah gadis yang menulis e-mail kepadanya dahulu. Pada mulanya, Pooja menolak namun setelah Raj memujuknya, barulah Pooja menerima Raj. Raj mengajak Pooja pulang ke Simla, untuk menjelaskan kekeliruan dan cerita sebenarnya kepada keluarganya dan Tina.

Tetapi setelah mereka sampai di depan rumah Tina, kelihatan ramai orang yang hadir. Apabila mereka menghampiri, mereka terkejut apabila mengetahui yang bapa Tina telah mati.

Setelah melihat Raj, Tina telah berlari mendapatkannya. Dan Pooja pun berlaku memberi laluan kepada Raj menenangkan hati Tina.

Dan malam itu, apabila bapa Pooja telah memberitahu bapa Raj tentang rumah yang diduduki Tina akan diambil untuk pengetua yang baru, bapa Raj yang menyangka Raj mencintai Tina telah membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka berdua. Kebetulannya, Pooja telah terdengar perbualan mereka.

Keesokan harinya, Pooja telah pergi ke gereja untuk memohon kekuatan semangat untuk melihat Raj berkahwin dengan Tina. Apabila mengetahuinya, Raj menjadi berang dan mengajak Pooja menemui Tina dan menjelaskan perkara sebenar tetapi ditolak Pooja dengan mengatakan bahawa Tina lebih memerlukan Raj untuk tempat mengadu.

Dan Raj telah bersetuju untuk mengahwini Tina demi cintanya kepada Pooja dengan syarat mereka berdua mesti berkahwin pada hari yang sama.

Upacara pertunangan antara Raj dan Tina berlangsung di London. Disitulah dia diperkenalkan kepada Rohan iaitu kawan kepada Raj yang dahulunya pernah menghantar lamaran untuk Pooja tetapi ditolak Pooja.

Apabila emak Pooja meminta Raj memujuk Pooja menerima Rohan, sekali lagi Raj telah mencabarnya. Seandainya Pooja tidak menerima Rohan, Raj akan memberitahu keluarga mereka dan Tina mengenai hubungan mereka.

Akhirnya, Pooja bersetuju menerima Rohan. Dan sewaktu selesai majlis pertunangan Pooja dan Rohan, Tina telah berterus-terang kepada Raj bahawa bukan dia yang menulis e-mail tersebut tetapi Pooja. Dan secara berlawak, Raj telah berkata bahawa Pooja lah gadis yang harus dikahwininya dan bukan nya Tina.

Sehari sebelum hari perkahwinan, Rohan telah bertemu Raj. Menyatakan bahawa Pooja seakan-akan tidak menyintainya. Dan Raj telah menenangkannya dengan berkata bahawa itu hanya lah perasaan takut seorang perempuan dan perasaan tersebut tidak mungkin difahami oleh orang lelaki.

Dan di situ juga Rohan telah bertanya samada Raj telah jatuh cinta kepada Pooja atau tidak. Dan Raj menyatakan bahawa cinta tetap cinta walaupun tidak diucapkan dan cinta tidak semestinya bersatu.

Di hari perkahwinan mereka, sebelum pergi ke kuil, Tina telah menjumpai gelang didalam bekas perhiasan Pooja. Dan ibu Raj telah memberitahu bahawa gelang itu adalah gelang turun-temurun keluarganya. Raj akan memberikan gelang tersebut kepada gadis pilihannya. Semasa Tina mencuba untuk memakainya ternyata ia tidak disaizkan untuk tangannya. Dan apabila dicuba ke tangan Pooja ia nya memnag sepadan. Dan membuatkan Tina berasa sesuatu.

Semasa di kuil, dengan tidak sengaja Raj telah menumpahkan 'sandur' ke atas kepala Pooja. Dan disaat Pooja ingin membuang tanda itu, Tina telah menghalangnya.

Dan di saat itu, Tina mula menyedari bahawa Poojalah gadis yang dicintai Raj sebenarnya dan dia rela berundur untuk memberi laluan kepada Pooja yang begitu banyak berkorban untuknya. Begitu juga Rohan. Menyedari bahawa memang Pooja dan Raj diciptakan
untuk bersama.

Akhirnya, Raj dan Pooja bersatu disaksikan oleh Tina dan Rohan.

1 comment: