Friday 20 April 2012

LAWAK DIALOG

oleh disebabkan aku pagi nie kekeringan idea nak menulis novel dan menulis blog so aku terbaca satu kisah nie tadi .....kisah lawak tapim aku tak tahu lah sama ada lawak ker tak bagi sesiapa yang baca nie...tapi bila aku baca adalah juga tersungging senyum di pipi nie tapi tak lah sampai nampak lesungbatu aku dekat pipi nie (kawan aku pangil lesung pipi aku macam lesung batu boleh buat tumbuk sambal katanya) p/s sapa yang terasa tue jangan marah sapa suruh pepndai bagi nama lesung batukan. hehehehe
 kalau tak lawak tu aku mintak maaf banyak-banyak lah yer (mcm ary raya la pulak) sebab tak dapat hiburkan hati korang semua........

-------------------------------------------------------


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"



Baca selanjutnya:
KahKahKah - Cerita Lawak - Lawak Pendek


내 블로그를 읽고 여러분 모두 기꺼이 사랑 (kalau tak faham korang pergi cari kamus B.korea)




No comments:

Post a Comment