Sunday 22 April 2012

TAK SEMUA ORANG BAIKKAN?

aku geram sangat dengan orang yang kalau depan kita nie pijak semut pun tak mati .....tapi kalau dekat belakang kita mulut kalah 'PUAKA NIANG RAPIK 'sakit hati aku. kalau boleh aku nie tak nak lah mengumpat orang dekat blog sendiri nie buat KOTOR aje tapi aku nak cerita kat sesapa yang rajin baca blog aku nie ...kita hidup sebagai manusia tak payahlah ashik menongkat langit sangat dalam hidup nie sebab benda tue tak kemana pun. Hidup janganlah menjadi manusia yang riak sangat sebab ALLAH itu maha melihat dan maha mendengar setiap perkara yang kita lakukan sama ada baik atau buruk ..kalau yang baik tu alhamdulillah lah sebab dapat menjadi penjamin kita di akhirat sana kelak ..tapi sebaliknya kalau yang jahat tue..... Sebagai manusia memang kita tidak lepas dari kesalahan dan dah menjadi adat resam pun jika kita melakukan kesalahan dalam kehidupan...bohonglah seorang manusia itu jika dia berkata yang dia tidak pernah melakukan kesalahan.
si A - "eh B! aku nak tanya kau dalam hidup kau apa kesalahan terbesar yang kau pernah buat?"
si B - "kenapa kau tanya macam tue A" si B hairan dengan pertanyaan si A.
si A -"saja aku nak tanya kau aku tengok kau nie seorang yang baik bagi aku lah... jadi aku teringin sangat nak tanya soalan nie dekat kau"
si B - " aku rasa dalam hidup aku nie dari kecil dulu tak pernah aku buat kesalahan kot"
(maka berbohonglah si B itu tentang dirinya yang tak pernah melakukan kesalahan satiap orang tak pernah lari dari kesilapan diri)
kita hidup nie jugak kenalah hormat menghormati orang lain sama....................... jaga perasaan orang di sekeliling kita jangan nak diikutkan sangat hati kita tue sampai habis kehidupan orang kita nak ceroboh..... (aduh rasa macam aku ni melampau sangat lah pulak)
okay lah kepada sesiapa yang terasa hati atau terguris perasaan selepas baca artikel nie aku say sorry sebab niat di hati cuma nak mengingati apa kesalahan bukan nak menghina ..... maafkan kesalahan ku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai terasa hati...assalamualaikum(peace no war)

No comments:

Post a Comment