Wednesday 25 April 2012

BFF - NURADILAHTULAKMAR



hye .....disebabkan sorang mafia nie suruh aku citer pasal dia so aku da lah serba sedikit cerita nak cerita pasal dia (yang terasa nuradilahtulakmar I accept your challenge because I just get to know you in the eight years of our friendship okay)  pada 2hb 1 tahun 2005 aku telah ditakdirkan untuk berpidah sekolah ke sekolah kebangsaan pokok sena....disitu aku mengenali seorang pelajar perempuan yang berperwatakan lembut pendiam jarang bersembang (perwatakan dulu hehehe)nama dia Nuradilahtulakmar hubungan kami taklah rapat sangat dalam kelas mula kenal dengan lebih rapat pun dekat kelas kafa.........tapi bila masuk tahun enam aku dengan dia mula rapat sebab kami 1 kepala 1 geng 1 kawasan tempat tinggal 1 malaysia hehehe.....waktu di tahun enam tue kita orang memang rapat sangat-sangat disebabkan satu kisah (aku tak nak cerita..ifa kau sendiri pun tahu /MAS) dalam group kita orang ni ada empat orang aku, ifa, nurus dan hazikah ...kita orang memang kamceng dah macam adik beradik dah ..kemana saja sentiasa berempat tak pernah putus ...habis saja menduduki peperiksaan UPSR kami jadi gila-gila ...habis satu sekolah kami konker tak bagi sapa dah....ada 1 episod ni yang memang aku tak boleh buang dari kepala otak aku waktu aku dengan geng baru balik dari tandas (tempat lepak kami) ifa waktu tue tengak ashik mengusah seorang pelajar  lelaki ni aku pulak dengan gatal tangannya pergi tarik tangan ifa sebab dah sampai depan depan pintu kelas dengan tak sengajanya ifa punya muka terbelaga dengan pintu tue budak laki yang ifa dok usah tue gelakkan dia...malu tak terkira lerrr .....tapi bila masuk saja tingkatan 1 kami berpisah sebab lain sekolah..........tiba-tiba nak dijadikan cerita waktu tahun 2010 ifa pindah mai sekolah aku seronok sangat-sangat sabab dapat sekolah dengan dia dah la satu kelas tu pun puas dia mintak dekat cikgu sabariah sebab dia nak masuk kelas dengan aku juga......ewm waktu tahun 2011 tetiba aja ifa kena pindah sekolah....nak buat macam mana jodoh kami tak kuat ....tapi kita orang masih lagi berhubung sampai sekarang sebab dia BFF aku selamanya.......dalam 8 tahun kami berkawan dah macam perangai dia aku kenal dari yang buruk hingga  yang baik dengan perangai mafia tak tentu hala dia tue semualah...dalam 8 tahun ni juga semua lelaki yang ashik kacau hidup dia aku kenal dan boleh hafal (Mr I, Mr MAS, Mr A, Mr F dan banyak lagi.....) dan family dia pun aku kenal......dia ada abang, dia ada adik lelaki seorang adik perempuan 3 orang....dah macam-macam pengalaman aku lalui dengan dia.....aku cuma berdoa persahabatan kami kekal selamanya kaulah sahabat ku dunia dan akhirat..... 당신을 너무도 사랑 하니까
p/s kepada korang kawan-kawan aku yang aku tak cerita dalam ni bukan bererti aku tak sayang korang aku sayang cuma aku nak cerita pasal mafia kita nie aje wat masa sekarang nie nanti kalau ada kelapangan aku cerita pasal korang pulak 실례합니다.......

Monday 23 April 2012

HIKAYAT CINTA KUCING (MALAYSIA + KOREA)


Alkisah bermula pada awal tahun 2010 sewaktu demam  drama 'BOYS OVER FLOWER' melanda malaysia ....sekalilah dengan aku,kawan-kawan,kakak dan adik aku sekali terkena penangan drama tue sehingga kucing-kucing yang berada disekitar pun terkena tempias tue..kak dengan adik aku lah yang memulakan hikayat cinta kucing tue dengan memberi nama kepada kucing seekor kucing jantan (baka american short hair) dengan nama jun pyo dan seekor kucing betina yang selalu kelihatan didepan blok aku dengan nama jan di kerana adik aku mendapati kucing tue ada menjalani hubungan skandal dalam diam dan kucing tu juga sering berdating dekat balkoni depan rumah aku....tapi hubungan mereka tidak direstui dalam diam oleh seekor kucing jantan berwarna oren yang diberi nama jihoo .....dan pada suatu hari jun pyo mati akibat kemalangan dan jihoo dapat menjalinkan hubungan cintanya dengan jan di mereka bahagia .......tetapi........... 'disangka panas hingga kepetang namun hujan ditengah hari' apa boleh buat hubungan mereka putus ditengah jalan.............dan sekarang jandi telah melarikan dirinya diatas bumbung tingkat1 dan tiba-tiba datang seekor kucing yang berwarna hitam dan diberi nama kim bum hadir dalam hidup jan di untuk mengubati luka si jan di ini kerana telah gagal dalam 2 kisah percintaannya dan mereka bahagia namun badai melanda apabila terbongkar rahsia si kim bum ini kerana kim bum telah ada seekor lagi isteri yang diberi nama mimi dan mimi telah mengandungkan anak si kim bum ini sebanyak 4 ekor....akhirnya mimi dan jan di mengambil keputusan untuk terus bermadu  kerana mereka tidak mahu menyusahkan si kim bum ini yang telah bersusah payah demi membahagiakan mereka berdua......mereka sekeluarga hidup bahagia hingga sekarang
p/s kepada sesiapa yang tak percaya akan kewujudan kucing itu terpulanglah kepada anda kerana saya cuma menceritakannya kepada orang yang mempercayainya.....

Sunday 22 April 2012

RESIPI PEACH COBBLER

P041211_18

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 sudu soda bikarbonat
  • 3/4 mentega (butter cup)
  • 1 tin buah pic
  • 1 sudu serbuk kayu manis
  • 1 cawan susu segar

Cara-cara

  1. Panaskan mentega dalam ketuhar pada suhu 375 degree. Gunakan bekas koserol atau loyang.
  2. Sementara tunggu mentega cair.. Adunkan tepung,gula dan soda bikarbonat dalam bekas yang lain.
  3. Masukkan susu dalam adunan kering (2) tadi.
  4. Gaul adunan sehingga sebati atau tidak berketul-ketul.
  5. Keluarkan bekas koserol atau loyang dari ketuhar.. Kemudian susun buah pic dalam bekas tersebut..
  6. Tuangkan adunan ke atas pic-pic tersebut.
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 350-375 degree selama 45 minit-1 jam atau sehingga sehingga menjadi warna perang keemasan.
  8. siap untuk dihidang.. Sedap dimakan ketika ia masih panas.. Boleh juga dimakan dengan ice cream.. Buah pic boleh juga digantikan dengan buah lain seperti buah epal,aprikot dan lain-lain.
p/s snang aje resipi nie jgn xcba ....>_<

Pen or pencil?

pen!

Ask me anything

MEMORY TAHUN 2011

hye..sekarang dah 23/4/2012 tapi aku masih engat memory tahun lepas ...aku gembira sangat tahun lepas sebab macam-macam benda telah terjadi sama ada suka @ duka.....banyak kisah yang terjadi dari bulan 1 hingga lah ker bulan 12....aku engat lagi bila ifa bagitau kami semua yang ayah dia dapat naik pangkat and kena pindah pi tapah aduh sedih sangat tapi dia bagitau ayah dia kena pindah pertengahan bulan 3 jadi sempat lah kami semua pi kem tautan kasih yang dianjurkan sekolah bersama ......dekat kem tue macam2 jadi yang paling aku tak boleh lupa sekali waktu ifa punya kaki terseliuh kesian dia ..hmmm tue lah kem terakhir kami dengan ifa....masuk aje bulan 4 otak kami mula jadi gila sebab kena buat folio akaun dah la heroin akaun kami ifa baru pindah frust gila time tue tapi akhirnya siap juga dengan bantuan semua orang .... bila dah masuk pertengahan tahun pula sekolah ada anjurkan kem daerah dekat kuala sala gang kami semua pi nad,izni,aku,mala,sukan...wany aje tak dapat pi sebab dia ada masalah kesihatan tak per lah dia tak dapat pi pun asal kesihatan dia terjaga... (ifa dah pindah time tue )
sepanjang kem tue rasa macam nak balik aje kalau rumah tue dekat tapi......kena juga bertahan sampai kem tue tamat balik saja rumah terus demam huhuhu T_T.......aku engat lagi satu perkataan yang wany pernah kata dekat nad dan disebabkan perkataan tue kami semua hentam gelak and ejek dia dekat seminggu lah juga dia kata dekat nad "nad... jom masuk bilik" kami semua time tue dok lepak dekat kaki lima depan kelas tercengang habis dah lah dibuatnya wany riak suara yang manja...hehehehe kelakar sangat2 sebab time tue wany tengah boring hehehe...(p/s kak kecik klau bca jngan mrah tau hehehe) ewm tahun lepas kami rajin balik lambat terutama sekali aku, nad and wany...abis saja kelas tusyen kami duduk dalam kelas siapkan homework yang cikgu bagi sambil bincang-bincang apa yang patut...kalau hari ahad hingga rabu tu memang la rajin wat homework lah study lah apa lah tapi bila masuk aje hari kamis hewm aku,wany and nad apa lagi studynya ciput aje lapas tue online ler wany bawa laptop macam-macam kami buat tengok video kat youtube lah tengok drama korea kat maaduu lah yang paling best tengok video mat lutfi at you tube (adik manis mau beli karpet ada tasbih ada sejadah ada.........). bila dah habis saja peperiksaan percubaan SPM mula lah kalut nak study gila-gila time tue lah kami sibuk dok buat study group yang alin pun join lah kami balik lambat hari-hari...setiap orang kena ajar subject yang dia terer aku engat lagi aku kena ajar subject sejarah and physics tuptup tetiba aja aku kena pulak ajar matematik kat diorang ..izni kena ajar sejarah and bm..nad kena ajar chemistry and physics dengan aku...wany kena ajar bm dengan math..mala kena ajar akaun dengan addmath..sukan kena ajar math dengan bi...ro'z kena ajar math dengan bi....jadi cikgu tak bertauliah lah kami semua time tue...paling tak boleh lupa bila dah nak exam SPM yang sebenar aku,mala and wany ashik sakit aje aduh time tue lah makan mula nak pantang aku pantang tak minum ais dah dengan mala sebab ashik batuk and selsema aje..wany pula pantang tak makan makanan yang doctor tak bagi makan daginglah, coklatlah macam2 lagilah banyak sangat...tapi akhirnya aku masuk juga dewan peperiksaan dengan keadaan aku yang selsema and batuk huhuhu T_T. banyak lagi yang nak diceritakan tapi dah tak larat jari aku nie nak type... sorry yer kawan2 aku dah tak larat korang sambunglah pulak hikayat kita tahun lepas okay... ewm andai adayang tersilap sorry kawan...
p/s wany sambunlah kita punya hikayat okay ......

TAK SEMUA ORANG BAIKKAN?

aku geram sangat dengan orang yang kalau depan kita nie pijak semut pun tak mati .....tapi kalau dekat belakang kita mulut kalah 'PUAKA NIANG RAPIK 'sakit hati aku. kalau boleh aku nie tak nak lah mengumpat orang dekat blog sendiri nie buat KOTOR aje tapi aku nak cerita kat sesapa yang rajin baca blog aku nie ...kita hidup sebagai manusia tak payahlah ashik menongkat langit sangat dalam hidup nie sebab benda tue tak kemana pun. Hidup janganlah menjadi manusia yang riak sangat sebab ALLAH itu maha melihat dan maha mendengar setiap perkara yang kita lakukan sama ada baik atau buruk ..kalau yang baik tu alhamdulillah lah sebab dapat menjadi penjamin kita di akhirat sana kelak ..tapi sebaliknya kalau yang jahat tue..... Sebagai manusia memang kita tidak lepas dari kesalahan dan dah menjadi adat resam pun jika kita melakukan kesalahan dalam kehidupan...bohonglah seorang manusia itu jika dia berkata yang dia tidak pernah melakukan kesalahan.
si A - "eh B! aku nak tanya kau dalam hidup kau apa kesalahan terbesar yang kau pernah buat?"
si B - "kenapa kau tanya macam tue A" si B hairan dengan pertanyaan si A.
si A -"saja aku nak tanya kau aku tengok kau nie seorang yang baik bagi aku lah... jadi aku teringin sangat nak tanya soalan nie dekat kau"
si B - " aku rasa dalam hidup aku nie dari kecil dulu tak pernah aku buat kesalahan kot"
(maka berbohonglah si B itu tentang dirinya yang tak pernah melakukan kesalahan satiap orang tak pernah lari dari kesilapan diri)
kita hidup nie jugak kenalah hormat menghormati orang lain sama....................... jaga perasaan orang di sekeliling kita jangan nak diikutkan sangat hati kita tue sampai habis kehidupan orang kita nak ceroboh..... (aduh rasa macam aku ni melampau sangat lah pulak)
okay lah kepada sesiapa yang terasa hati atau terguris perasaan selepas baca artikel nie aku say sorry sebab niat di hati cuma nak mengingati apa kesalahan bukan nak menghina ..... maafkan kesalahan ku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai terasa hati...assalamualaikum(peace no war)

Friday 20 April 2012

LAWAK DIALOG

oleh disebabkan aku pagi nie kekeringan idea nak menulis novel dan menulis blog so aku terbaca satu kisah nie tadi .....kisah lawak tapim aku tak tahu lah sama ada lawak ker tak bagi sesiapa yang baca nie...tapi bila aku baca adalah juga tersungging senyum di pipi nie tapi tak lah sampai nampak lesungbatu aku dekat pipi nie (kawan aku pangil lesung pipi aku macam lesung batu boleh buat tumbuk sambal katanya) p/s sapa yang terasa tue jangan marah sapa suruh pepndai bagi nama lesung batukan. hehehehe
 kalau tak lawak tu aku mintak maaf banyak-banyak lah yer (mcm ary raya la pulak) sebab tak dapat hiburkan hati korang semua........

-------------------------------------------------------


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"



Baca selanjutnya:
KahKahKah - Cerita Lawak - Lawak Pendek


내 블로그를 읽고 여러분 모두 기꺼이 사랑 (kalau tak faham korang pergi cari kamus B.korea)




LAWAK YANG MEMANG TAK PATUT

DEMAM SEJUK

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang tu pun disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang sebenarnya terjadi supaya mudah untuk kami melanjutkan penyiasatan... "

"Mmmm... .entah lah yer, seingat saya, bila kami sampai pada ketinggian 30,000 meter tetiba terasa teramatlah sejuk cam nak demam. Jadi saya pun matikanlah kipas helikopter tu... ."



BFF (best friend forever)


sahabat bukan sekadar untuk bersuka ria malah sahabat juga untuk dikala kita sedang berduka. aku bersyukur sangat-sangat kerana mendapat sahabat yang baik hati, perihatin, and yang paling penting sahabat yang setia. setia bukan sekadar pada kekasih setia juga harus ada dalam persahabatan. kalau kita tak setia dalam persahabatan kawan kita tak akan respect kat kita......so untuk itu hargailah kawan-kawan yang kita ada sekarang nie jangan sampai natui kita menangis kerana kehilangan sahabat yang kita sayangi sebab xder kesetiaan.....to my friend nur adilahtulakmar, izni diyana, nur nadhirah,nur syazwani,thavamalar,sukannya and roziana ..THANK YOU SO MUCH sebab sudi jadi kawan aku....walaupun aku nie bukanlah baik sangat hehehehe (baik ler juga cuma jhat aku nie ska kacau org hehehe) tol x.

Wednesday 18 April 2012

MUJHSE DOSTI KAROGE

The Medley-Mujhse Dosti Karoge Song [HD] Part 1.mp4
mujhse dosti karoge
Hye... semalam aku tengok cerita hindustan (aku nie tak lar minat sangat cerita hindustan tapi boleh aje nak layan tambah-tambah kalau cerita yang romantik camtue hah) tajuknya 'mujhse dosti karoge' dekat tv2 layan cerita tue best sangat-sangat..... hem kalau sebut cerita tu mesti semua orang pernah tengokkan. Cerita tue aku boleh bagi 10bintang dalam 10bintang. Kalau aku jadi pooja dengan raj dalam cerita tue sure aku pening sebab kalau aku pilih sahabat aku yang akan sengsara tapi kalau aku pilih cinta sahabat aku yang akan sengsara. Moral yang aku dapat dari cerita tue banyak sangat antaranya sahabat adalah segala-galanya berbanding cinta, cinta boleh dicari tapi sahabat yang sanggup berkorban untuk kebahagian kita susah nak cari bertuah Tina sebab ada kawan macam Raj n Pooja tue kan. Satu lagi moral yang aku dapat di akhir cerita tue ialah apa yang terjadi dalam hidup kita semua telah ditentukan YANG MAHA ESA sejak dari lohmahfus lagi 'segala yang baik itu datang dari-NYA segala kekuranggan itu datang dari kita sendiri'.  So hargailah apa yang korang ada sekarang nie yer.

SINOPSIS=
Kisah tentang tiga sahabat yang membesar bersama di sebuah pekan kecil iaitu Simla di India, tetapi Raj telah mengikut keluarganya berpindah ke London. Raj telah menghantar e-mail kepada Tina, tanpa pengetahuannya Pooja yang telah membalas segala e-mail yang dihantar olehnya. Dari situ wujudlah perasaan sayang dan cinta Raj kepada Tina, iaitu gadis yang disangka membalas e-mailnya selama ini, walaupun realitinya Pooja lah gadis itu.
Apabila mengetahui yang Raj akan pulang ke India, Pooja telah meminta Tina berlakon yang memang Tina lah penulis e-mail tersebut. Dan Tina bersetuju setelah di pujuk Pooja.

Semasa di stesen keretapi di Simla, Raj terus menuju ke arah Tina tanpa memperdulikan Pooja kerana Raj tertarik kepada kecantikan yang dimiliki Tina. Pooja berasa kecewa tetapi dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Dia tahu itu bukan salah Raj. Dan dia sedar dia tidaklah secantik dan seseksi Tina.

Raj cuba membuatkan Tina meluahkan perasaannya namun dia merasakan yang reaksi Tina berlainan daripada cerita-cerita yang pernah di tulis di dalam e-mailnya. Tina bagaikan tidak mengerti dengan apa yang di katakan olehnya. Dan bila Raj mengajukan tentang kemuskilannya itu kepada Pooja, Pooja telah memujuknya supaya memberikan masa kepada Tina mengesuaikan diri. Dia juga menyatakan berdepan dengan orangnya tidak sama dengan menulisnya. Dan Raj juga berasa pelik apabila melihat Pooja lebih memahami dirinya.

Bila Raj terpaksa balik ke London kerana ada tugas yang perlu disiapkan, Tina masih belum mahu menyatakan rasa hatinya kepada Raj. Walaupun Raj berkali-kali memujuknya.

Di London, apabila Raj menceritakan tentang Tina dan Pooja kepada kawannya, Roonie, dia merasakan yang Pooja lebih banyak mengetahui tentang dirinya berbanding Tina. Dan Roonie telah mengusiknya, dengan mengatakan yang dia bertuah kerana Tina sememangnya cantik kalau tidak ....

Tanpa pengetahuannya, Pooja telah datang ke London untuk menghadiri temuduga untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti London. Dan Raj telah membawanya mengelilingi bandar London. Semasa dalam perjalanan, Pooja telah terpandang sebuah gereja yang selalu dikunjungi Raj. Dan di situ Pooja telah menyanyikan nada yang telah di berikan Raj dahulu dan terlupakan bahawa Raj berada di situ bersamanya. Apabila dia tersedar, dia dengan cepat mendiamkan diri.

Raj telah terdengarkan nada itu dari mulut Pooja. Dan memandangPooja seakan tidak percaya. Di masa itu dia teringat kembali segala peristiwa yang berlaku ketika dia bersama Pooja di India.

Apabila dia bertanya kepada Pooja tentang perkara itu dan kenapa Pooja membohonginya. Pooja mengingatkan dia kembali kepada tulisannya bahawa Raj tidak memerlukan gambar untuk mengenalinya kerana gambarnya telah terpahat di dalam hati. Tetapi Raj tidak terfikir bahawa kemungkinan yang Tina boleh menjadi Pooja kerana Tina begitu cantik pada pandangan mata Raj. Dan Pooja juga tahu yang Tina menyintai Raj, cuma malu nak meluahkan isi hatinya.

Raj menafikan yang dia menyintai Tina. Gadis yang dicintainya adalah gadis yang menulis e-mail kepadanya dahulu. Pada mulanya, Pooja menolak namun setelah Raj memujuknya, barulah Pooja menerima Raj. Raj mengajak Pooja pulang ke Simla, untuk menjelaskan kekeliruan dan cerita sebenarnya kepada keluarganya dan Tina.

Tetapi setelah mereka sampai di depan rumah Tina, kelihatan ramai orang yang hadir. Apabila mereka menghampiri, mereka terkejut apabila mengetahui yang bapa Tina telah mati.

Setelah melihat Raj, Tina telah berlari mendapatkannya. Dan Pooja pun berlaku memberi laluan kepada Raj menenangkan hati Tina.

Dan malam itu, apabila bapa Pooja telah memberitahu bapa Raj tentang rumah yang diduduki Tina akan diambil untuk pengetua yang baru, bapa Raj yang menyangka Raj mencintai Tina telah membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka berdua. Kebetulannya, Pooja telah terdengar perbualan mereka.

Keesokan harinya, Pooja telah pergi ke gereja untuk memohon kekuatan semangat untuk melihat Raj berkahwin dengan Tina. Apabila mengetahuinya, Raj menjadi berang dan mengajak Pooja menemui Tina dan menjelaskan perkara sebenar tetapi ditolak Pooja dengan mengatakan bahawa Tina lebih memerlukan Raj untuk tempat mengadu.

Dan Raj telah bersetuju untuk mengahwini Tina demi cintanya kepada Pooja dengan syarat mereka berdua mesti berkahwin pada hari yang sama.

Upacara pertunangan antara Raj dan Tina berlangsung di London. Disitulah dia diperkenalkan kepada Rohan iaitu kawan kepada Raj yang dahulunya pernah menghantar lamaran untuk Pooja tetapi ditolak Pooja.

Apabila emak Pooja meminta Raj memujuk Pooja menerima Rohan, sekali lagi Raj telah mencabarnya. Seandainya Pooja tidak menerima Rohan, Raj akan memberitahu keluarga mereka dan Tina mengenai hubungan mereka.

Akhirnya, Pooja bersetuju menerima Rohan. Dan sewaktu selesai majlis pertunangan Pooja dan Rohan, Tina telah berterus-terang kepada Raj bahawa bukan dia yang menulis e-mail tersebut tetapi Pooja. Dan secara berlawak, Raj telah berkata bahawa Pooja lah gadis yang harus dikahwininya dan bukan nya Tina.

Sehari sebelum hari perkahwinan, Rohan telah bertemu Raj. Menyatakan bahawa Pooja seakan-akan tidak menyintainya. Dan Raj telah menenangkannya dengan berkata bahawa itu hanya lah perasaan takut seorang perempuan dan perasaan tersebut tidak mungkin difahami oleh orang lelaki.

Dan di situ juga Rohan telah bertanya samada Raj telah jatuh cinta kepada Pooja atau tidak. Dan Raj menyatakan bahawa cinta tetap cinta walaupun tidak diucapkan dan cinta tidak semestinya bersatu.

Di hari perkahwinan mereka, sebelum pergi ke kuil, Tina telah menjumpai gelang didalam bekas perhiasan Pooja. Dan ibu Raj telah memberitahu bahawa gelang itu adalah gelang turun-temurun keluarganya. Raj akan memberikan gelang tersebut kepada gadis pilihannya. Semasa Tina mencuba untuk memakainya ternyata ia tidak disaizkan untuk tangannya. Dan apabila dicuba ke tangan Pooja ia nya memnag sepadan. Dan membuatkan Tina berasa sesuatu.

Semasa di kuil, dengan tidak sengaja Raj telah menumpahkan 'sandur' ke atas kepala Pooja. Dan disaat Pooja ingin membuang tanda itu, Tina telah menghalangnya.

Dan di saat itu, Tina mula menyedari bahawa Poojalah gadis yang dicintai Raj sebenarnya dan dia rela berundur untuk memberi laluan kepada Pooja yang begitu banyak berkorban untuknya. Begitu juga Rohan. Menyedari bahawa memang Pooja dan Raj diciptakan
untuk bersama.

Akhirnya, Raj dan Pooja bersatu disaksikan oleh Tina dan Rohan.

Tuesday 17 April 2012

RINDU NAK PERGI SEKOLAH


(gambar hiasan)
Assalamualaikum.....hari nie 18 hari bulan april tiba-tiba terasa rindu pulak nak pi sekolah walaupun baru 4bulan tinggal.....T_T. teringgin sangat-sangat nak pakai baju kurung warna putih kain warna biru muda and galas beg sekolah. karang kalau aku saja-saja try pakai ada pulak kata yang aku nie meroyan(dilek kedah). hewm rindu nak bergaduh dengan kawan-kawan, rindu nak kena marah dengan cikgu, rindu nak wat homework yang paling penting sekali sebab dulu aku jarang siapkan homework aku hehehehehe. kepada korang yang baca nie hargailah zaman sekolah yang korang tengah lalui sebelum terlambat kerana 'hanya zaman persekolahan sahaja yang dapat mengajar  kita erti persahabatan & remaja, dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi...masa ini jua kita membawa haluan masing-masing, makin sukar untuk kita semua bersatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah,belajar,bergurau,ke kantin bersama...terbukti zaman pelajar adalah zaman remaja yang sukar untuk kita lupakan. mungkin suatu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman pelajar yang sungguh indah.' jadi hargailah zaman remaja dan persekolahan anda....

Monday 16 April 2012

menyesal mendua-klangit

Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahan ku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh
Aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama
Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

:) sedih dengar lagu ni tak tau kenapa.....T_T