Friday 28 February 2014

resepi karipap mudah


Assalamualaikum...
Hari nie entry berunsurkan resepi lagi.. oit jangan gatal mulut nak kata syaza pulak eh. (eleh dia tu tak habis-habis up entry resepi nak tunjuk pandai masak arh tue)..tak baik cakap macam tu. Mana ada syaza pandai masak setakat sikit-sikit je tue pun setakat lauk makan harian dengan kuih yang simple-simple jtu pun kadang jadi kadang tak. Kalau tak percaya cuba suruh syaza masak kuih lapis.. awal-awal lagi surrender memang fail terus lah. Buka apa syaza suka update resepi nie nanti senang kalau nak masak lupa resepi ke boleh search dekat blog sendiri kalau nak tulis atas kertas then simpan memang rasanya tak sampai seminggu bila nak cari balik resepi tue dah lupa kut letak dekat mana. . Rasanya syaza tak masukkan lagi entry resepi karipap ni... (malas nak cari balik entry yang lelama tue). Syaza buat karipap nie hari selasa hari tue buat banyak jugak ingat nak frozen kan lepas tue bagi jiran sikit. Boleh terbuat karipap pun sebab tengok keledek banyak sangat dekat dapur tak tau nak buat apa dah dok nampak karipap jer paling simple pun. Syaza masak inti pukul 5 petang lepas tue berenti sat tengok cerita cina singapura “it’s a wonderful life” cerita tue pun dah tamat dah ganti dengan cerita baru ... buat inti pukul 5 dah tue boleh terlupa tengok cerita cina lagi satu dekat 8tv tajuk “c.h.i.f 2” sedar2 lahh dah habis.. sedih lap air mata... okay kembali kepada tajuk.
Bahan-bahan
Inti karipap
Ubi keledek 4 biji potong dadu
4 sudu makan serbuk kari ayam
Bawang besar 1 labu potong dadu
Bawang putih 5 ulas (cincang)
Isi ayam / udang secukupnya
Garam gula
1½ sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Minyak masak
Daun sup
air
Cara-cara
1.       Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang telah dicincang.
2.       Setelah bawang garing masukkan serbuk kari.
3.       Selepas serbuk kari dah gari @ pecah minyak masukkan isi ayam/udang. Masukkan air.
4.       Masukkan ubi keledek dan air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5.       Setelah ubi empuk dan air hampir kering masukkan bawang besar yang dipotong dadu, lada hitam dan daun sup. Siap.

selalu buat dalam 6-8 bahagian jer nie banyak sampai letih buat

hasil yang tak comel 

goreng first 

inti tergelap sikit sebab terlebih serbuk kari

Bahan-bahan kulit karipap
 cawan tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
Suku cawan minyak masak
½ sudu kecil garam
Air sejuk ( simpan 1 bekas air sejuk dalam peti sejuk bahagian beku dalam 1 jam)
Cara-cara
1.       Panaskan minyak masak dan majerin planta.
2.       Ayak tepung kedalam bekas pengadun.
3.       Tuangkan minyak kedalam tepung.masukkan garam.
4.       Kacau tepung jadi macam serbuk roti.
5.       Masukkan air ais sedikit demi sedikit sehingga menjadi  doh. Kalau doh melekat lekat lagi dekat tangan letah sikit tepung gandum dan uli. Jangan uli lama sangat nanti doh liat dan susah nak bentuk. Dalam 10 minit dah cukup.
6.       Bila adunan dah menjadi doh bahgikan sebesar bola golf dalam beberapa bahagian.
7.       Lepas tue boleh lah bentukkan jadi rupa karipap. Siap. Goreng. Ngap. Makan. Ehh baca bismillah dulu...
#kalau nak gantikan kedek tue dengan kentak pun sedap tak pun campur dua-dua lagi sedap..

Thursday 27 February 2014

senyumlah ahai cek mek molek


Assalamualaikum...
Hai *sambil lambai-lambai ala miss world ...
Lama tak update blog.... bukannya kemana pun Cuma tak sihat sikit ja kena virus M ... peace.
Okay tak mau merapu banyak-banyak nak fokus dekat title entry nie jer..
Penah dengar kuih cek mek moleh.. aloh comelnya nama ... ! kalau tak penah dengar “gua simpati sama lu”. #Eh okay meh sini kita belajar masak kuih nie senang jer dihujung jari jer.
tergelap sikit sebab api terkuat.

Bahan-bahan
Ubi keledek dalam 3 biji yg saiz ikut suka hati.
Gula
Garam
 4 sudu makan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Rebus ubi keledek yang dah dipotong (gaya suka hati) sehingga lembut.
Pastikan ubi yang kita rebus tue sampai air dia kering. Kalau air tak kering nanti ubi melekik.
Lenyekkan ubi sampai mcm nak buat kentang putar tue. masukkan garam sikit jer cubit jerr
Masukkan tepung gandum . kalau rasa ubi banyak tampah sikit tepung tue. tapi jangan banyak sangat nanti keras.
Doh memang melekat dekat tangan semasa menguli . kalau rasa nak senang ambik minyak masak sapu sikit dekat tangan time nak bentukkan kuih tue. 
Cubit doh tue lepas tue penyekkan dia jadi leper letak gula (banyak mana ikut suka nak manis letak lebih) dekat tengah bulatkan adunan tue.. bagi jadi comel bak cek mek molek.. goreng goreng dengan api yang biru yah jangan kuat sangat satgi hangit. Siap. Makan.kenyang.senang hati. 
Sekian terima kasih.
# kalau tak mau letak gula sebagai inti pun boleh buat kosong jer. gentel bulat kecik comel2 goreng pun sedap. 

Wednesday 5 February 2014

throwback : seminggu sebelum exam...

assalamualaikum...
apa yang syaza dan kawan-kawan buat seminggu sebelum exam??


nie hari buat jamuan untuk cikgu-cikgu

hampa mampu masak tomyam ramai-ramai dalam kelas pakai rice cooker? student 6A1 2013 mampu...

carta organisasi hasil gubahan paan

bergambar sampai lemau sebab nanti rindu boleh tengok



captio please.....

we didn't realize we were making memories, we just knew we were having fun"
(yang nie bukan seminggu sebelum exam)











#i'll never stop Nsync -lagu ni sir alam bagi dekat kami dalam kelas muet dia kata "nanti lepas habis sekolah kalau hampa dengar lagu nie mesti hampa akan ingat kawan2 hampa cikgu2 hampa..." macam tue lah. dan apa yang dia kata memang betul bagi syaza.

Monday 3 February 2014

mee goreng paling simple

assalamualaikum..
hari nie kita update resepi pulah eh.. mee goreng mudah jer sebab tak letak cili. budak-budak yang tak makan pedas tue pun boleh makan. senang sangat-sangat main campak-campak siap! dan in sha Allah jadi. "ek eleh dia nie resepi tue pun nak letak" hehe suka hati arh blog syaza kan. hehe (pang!!! lempang sedap dekat pipi syaza) hehe okay tak mau mengaruk banyak-banyak  meh kita terus kepada tajuk utama (ajet-ajet penyampai berita pulokss)
 bahan-bahan.
 mee 1 bungkus
fish cake/ball 1 paket
udang (medium) 10 ekor
isi ayam
tauhu 1
carrot (setengah batang)
bawang putih 5 ulas
sayur sawi
lada hitam 11/2 sudu makan
tomato sebiji
taugeh (secekak)
minyak untuk tumis
garam gula
 cara-cara:
1.panaskan minyak, goreng tauhu yang dah dipotong dadu. ketepikan.
2. tumis bawang putih sehingga garing masukkan isi ayam, udang fish ball/cake, carrot dan tauhu yang digoreng.
3. selepas ayam dan udang masak masukkan mee yang dah dibasuh dengan sedikit air.
4. masukkan batang sayur sawi dan lada hitam.
5. masukkan garam dan gula secukup rasa .
6. masak sehingga mee menjadi lembut dan masak jika perlu tambahkan air untuk melembutkan mee.
7. masukkan tomato yang dah dipotong dadu, sawi daun dan taugeh. kacau siap.
 simple kan! hehe selamat mencuba. bagi yang suka makan pedas tue boleh letak sos atau cili pada untuk dimakan bersama.
- uhhhh sekemanya ayat. huh
untuk sumber inspirasi yang tengah lapar tapi malas nak masak tue.