Thursday 10 May 2012

http://www.youtube.com/watch?v=rA3OoFNhZlE

PASANGAN HIDUP?

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya.

Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas

TWEET

KEPUTUSAN YANG PENTING DALAM HIDUP

setiap orang mesti pernah melalui perkara yang kita sendiri x tau nak buat keputusan macam mana ..aku baru-baru nie bingung nak buat keutusan tentang tingkatan enam. aku dapat tawaran ingkatan enam aliran sain ramai yang kata susah aku tak tau sama ada nak teruskan tingkatan enam dengan aliran yang aku dapat tu atau nak tukar kealiran kemanusiaan...tapi akhirnya aku dah dpat buat satu keputusan iaitu aku akan menukar aliran yang aku dapat ke aliran kemanusiaan. apabila sudah memilih aliran kemanusiaan aku keliru samada nak ambil subjek akaun atau pengajian perniagaan......susah kita nak tentukannya sebab ianya berkaitan dengan masa depan kita ....aku takut nanti menyesal aku menyesal di kemudian hari...namun aku rasa aku telah mendapat semangat dengan sokongan orang yang terdekat ..aku telah membuat keputusan untuk mengambil subjek pengajian perniagaan. aku harap engan keputusan yang telah dibuat ini aku tidak akan menyesak di kemudian harinya...insyaallah...... nampaknya aku akan menyambung pengajian aku di tingkatan enam ini di sekolah menengah kebangsaan pokok sena dan selamat tingga smk dato' syed omar... dengan keputusan yang telah aku buat ni aku gembira sangat-sangat sebab tak lama lagi aku akan berjumpa semula sahabat-sahabat lama dan guru-guru ku yang tersayang.... aku amat merindui kamu semua...izni, fatin, cikgu wan, cikgu syamsilah, cikgu makalthom dan tak lupa ummi tipah ..... moga-moga aku akan terus ber semangat untuk belajar di smkps dengan adanya sahabat-sahabat dan guru-guru disisi ku....
disebabkan aku memilih aliran kemanusiaan untuk meneruskan pembelajan aku di tingkatan enam ini aku akan mengambil subjek perniagaan, pengajian Am, bahasa malaysia dan ekonomi..dan tak lupa yang wajib sebelum aku ambil ijazah MUET.... aku harap aku akan berjaya dalam peperiksaan STPM tahun 2013 ini... sebenarnya exam kami mungkin lebih awal sebab tahun ni pakai sistem semester.....setiap penggal akan ada peperiksaan STPM lah jawapnya ...aku harapa aku akan berjaya dalam peperiksaan STPM kali ni(macamlah aku pernah ambil STPM sebelum ni hahaha)..amin

Tuesday 8 May 2012

TINGKATAN 6


(aku keliru)
hari ni 8hb mei aq pergi mendftar tngktan 6 di sekolah menengah dato' syed omar dekat alor setar, aku dtawarkan aliran sains ramai yang cakap masuk form6 susah aku taknak lah dengar cakap orang nie kadang2 orang nie lebih sudu aje dri kuannya.....aku masih keliru sama ada nk ambil aliran sains ker kemanusiaan and nak stay at skolah dato' syed omar atau nak pindah balik mai pokok sena aku keliru sangat2 ...sebab semua nie berkenaan masa depan aku nanti ...aduh aku harap sangat sekarang nie ada kertas yang melayang ke muka aku dan kertas tue memberi jawapan yang betul untuk mentukan hidup aku nie.....kalau boleh tapiiiiiii......arh aku tension tak tau nak buat keputusan sesapa tolong lah aku nie....huhuhu T_T ewm bila aku tanya mak mak kata ikut aku sebab nie untuk masa depan aku... abah pulak cakap ambil sains senang masa depan nak mintak kerja tapi sains susah katanya......ewm tapi kalau aku ambil akaun ada yang kata pelung pekerjaan susah sebab belambak akauntan dekat luar sana tu yang belum dapat kerja.............aduh aku tak boleh nak buat keputusan...... T_T....mbsdhfbdsjnbhsdfnmjbc hsdujfbnmkcsdij(sahabat mu sudah mereng untuk membuat kputusan)