Monday 22 August 2016

IInstitut Pengajian Tinggi Swasta ?

Assalamualaikum......
Alhamdulillah diberi ilham untuk menulis sesuatu malam ni hahahahah...
Dah nekad nak mulakan balik zaman  berblogger ni.. so kena lah bersungguh-sugguh...
Okay kebetulan sekarang ni result upu baru je keluar so topic harini berkaitan alam universiti/kolej pebenda semua tu..
Tahniah buat sesiapa sahaja yang dapat ditempatkan ke IPTA (bersyukur la dik rezeki kau disitu) dan yang tak dapat jangan sedih jangan risau jangan kemurungan plak sampai rasa nak berskidiving tanpa alat keselamatan...
Masa depan kau masih cerah dik non walaupun tak dapat tempat dalam IPTA..
Jangan risau banyak IPTS lagi yang sudi menerima kau dik..
Okay first nakk sentuh tentang yang tak dapat IPTA tu..? Nak buat apa? Masa depan macam mana? Jangan risau hujan tak sampai ke malam (hahah peribahasa sendiri ke ni) masih ada harapan.. ?
Harapan macam mana tu?
Ya macam aku cakap tadi IPTS lain masih banyak di Malaysia ni..
Okay sebelum nak buat pilihan nak pilih universiti/kolej tu ni ada beberapa tips yang patut korang pertimbangkan sebelum buat keputusan nak lanjutkan pelajaran ke situ.
*buat senarai IPTS yang dah berjaya  tarik minat korang - buat list sebanyak mana mungkin IPTS mana yang menarik minat korang. Tak kisah la dari segi apa pun. Buka website rasmi uni/kolej pilihan korang tu.
* syarat kelayakan - lepastu semak syarat kelayakan yang tu dulu kalau dah lepas Alhamdulillah boleh pergi ke next step. Kalau tak lepas contohnya kau punya result exam tak sampai yang ditetapkan boleh la try isi diploma pakai spm atau pun isi spa ke?..
* kos-kos yang ditawarkan- semak kos-kos yang ditawarkan disitu. Pastikan senaraikan beberapa kos yang korang minat. Yang ni sangat penting supaya korang tak salah pilih dan menyesal dikemudian hari. Dan kalau korang memang dah ada satu kos yang memang korang monat sangat sangat sangat tu boleh la cek satu persatu mana tempat yang paling terbaik untuk kos tu.
* cek yuran- lepas tu dah pilih kis yang korang minay cek yuran yang dikenakan untuk kos yang korang ambil tu berpatutan tak? Mampu tak?
*cek MQA- MQA tu apa? Mining Qualitication Authority. Hat yang ni paling peting kalau tak dak maka susah laa kau punya life selepas graduate nanti. Pastikan kos-kos pilihan korang tu ada kelayakan MQA.
*pinjaman- yang pun perlu cek samaada tempat pilihan korang tu tawarkan pilihan pinjaman apa PTPTN ke MARA ke Pama kee ...
*selidik- selidik apa? Okay perkara penting yang harus korang selidik adalah tanya kawan-kawan atau saudara yang pernah belajar atau sedang belajar dekat tempat pilihan korang tu. Tanya je pentadbiran macam mana. Suasana macam mana. Kemudahan apa yang ada. Tanya sampai korang puas hati. Kalau tak ada sapa-sapa yang korang kenal tahu tentang tempat tu korang cuba la jadi perisik dekat fb tu cari je strangers mana alam pun tanya insha Allah soalan korang tu berjawap.
*dan last sekali kala korang dah berpuas hati sangat-sangat dengan pilihan korang tu boleh la terus isi borang apa semua tu. Kalau la ada yang masih tak berpuas hati cari lagi step by step ikut list tempat pilihan yang korang buat tu.
Kalau korang ikut step ni dengan izin Allah korang takkan pernah menyesal masuk IPTS sebab apa benda ni yang akak buat sebelum buat keputusan nak sambung belajar di IPTS.
Dan lagi 1 pesanan istikharah jangan lupa.
Sebab Allah S.W.T itu sebaik-baik perancang.
Insha Allah nanti syaza update lagi entry pengalaman nak tempuh alam universiti/kolej ni.
 Semoga bermanfaat buat semua entry tak seberapa ini mana yang silap tu boleh la pm pm nanti syaza perbaiki.
P/s - esok-esok la ye syaza sambung pulak. Esok kelas pukul 8.
Untuk tatapan semua tempat syaza mencari ilmu sekarang (berminat? Pm pm syaza ye)



No comments:

Post a Comment