Tuesday 1 January 2013

MEMORI 2012

assalamualaikum..
entry nie bertujuan menunaikan janji syaza nak cerita tentang tahun 2012..
sat saja masa berlalu. kita tak boleh leka . okay syaza mulakan entry syaza dengan bulan 1 dulu.
bulan januari.
tak banyak sangat benda berlaku dalam bulan januari nie. bulan januari syaza duduk rumah saja. sebab tengah tunggu result SPM,
bulan februari;
pun sama macam bulan januari tersangatlah bosan syaza membuangkan masa macam tue sahaja . tak buat apa-apa duduk rumah bela badan . kembangkan mana yang patut. mula-mula teringat nak ambik kelas komputer. tapi bila pikirkan balik abah susah nak hantar nanti. cancle. lepas tue timbul idea nak ambik lesen kereta & moto. tapi bila bawak moto pun ketaq macam nak buat terjunan udara. syaza cancle lagi. konon-kononnya nak kumpul semangat dulu. tapi ada suatu yang sangat istimewa bulan nie. sebab syaza kenal dengan seseorang yang sangat baik hati. dia selalu nasihat syaza macam-macam. selalu tegur kalau syaza buat salah. namanya.? tak payah bagi taulah . yang terasa tolong terasa. ! hahaha yang penting bukan boyfriend hokey.. (syaza tau ada yang pikir serong kan??) yah lagi satu lupa syaza dapat kucing bulan nie 25 februari. syaza bagi nama zorro sebab dia pakain topeng dekat muka. bahagianya dapat bela kucing
bulan mac :
okay bulan nie rasa macam seram sejuk sikit. bukan sebab kena sampuk dengan jin okay. sebabnya result SPM dah nak kelauq. kecut weh. time nie dah makan tak lalu. tidok tak lena (makan tak lalu tue tolong jangan percaya) . akhirnya 22/3 benda yang dinanti-nantikan akhirnya sampai jugak. jeng-jeng-jeng result spm dah keluaq. serius pagi time nak pi ambik result tue hanya minum SAHAJA takut. kecut habis segala urat saraf. okay lepas tue pi sekolah jumpa kawan relax2 sikit. then ambik result ... yeah dah dapat dah. alhamdulillah result syaza okay lah taklah cemerlang sangat. setakat tue saja rezeki syaza.syaza dapat 1A-,3B+,2B,3C+, lagi satu addmath huhuh segan nak tulis. yang penting syaza LULUS addmath tue dah cukup gumbira.
bulan april :
okay bulan nie tawaran form 6. keluaq . syaza memang tunggu tawaran form 6 pun. walaupun ada sesetengah orang cakap form 6 nie lekeh lah  susah lah . bagi syaza kalau form 6 tue susah lekehlah apa segala bagailah kenapa orang lain boleh berjaya. huhuhuh . akhirnya syaza dapat tawaran form 6 dekat sekolah syed omar dekat alor setar. hah sudah. lepas tue syaza call geng yang lain tanya depa dapat mana. tengok-tengok nadhirah sorang saja yang sama dengan syaza dapat syed omar. yeah!!! suka suka. kami dapat aliran sains dekat sana. hah sudah dah la syaza punya result subjek sains pun C+ saja. huhuhu
bulan mei:
syaza dah start mula masuk form 6. syok weh!! first day masuk form 6 ada orintasi. cikgu2 cerita aliran sains nie susah sikit sebab lebih mendalam. lagipun aliran sains mestilah kena ambik addmath. wah dah la tue musuh ketat syaza.  balik-balik sekolah tue terus tanya cikgu wan zawiah. cikgu macam mana nie. cikgu nasihat serba sikit. akhirnya syaza ambik keputusan nak tukar aliran. syaza nak ambik akaun first tue. time spm syaza dapat B+ dalam subjek akaun . okay lah tue. lepas tue tiba-tiba rasa macam angin nak belajar akaun dah terbang pi mana tak tau. syaza mintak nak tukar balik smk pokok sena . syaza nak ambik perniagaan. okay masalah selesai.! dekat smkdso syaza dapat kawan baru.!
bulan jun:
syaza masuk smk pokok sena ! syaza mintak nak masuk kelas perniagaan. dapat sekali dengan nadhirah. yeah! sukanya. dah la satu kelas meja sebelah-sebelah pulak tue. kalau dekat smkdso syaza dengan nadhirah terpisah olah sebatang jalan. sedih wooo . dekat smk pokok sena dapat kawan baru again. walaupun waktu form 5 dah sekolah tue tapi bila masuk form 6 ada budak-budak dari sekolah lain masuk sini. first day masuk sekolah dudk tempat paling belakang dengan nadhirah time tue rasa sedih sebab belakang sangat. tapi bila dah lama duduk belakang rasa ENJOY gila-gila . mana taknya tempat melepak. ramai-ramai dudk belakang melawak itu ini. riuh kelas.
bulan julai:
tak ada yang syok sangat bulan nie. yang syok nyer pun dapat enjoy-enjoy dalam kelas . bulan jun bulan puasa so segala aktiviti merembat kerepek orang dalam kelas terpaksa di batalkan buat sementara waktu. nak buat jahat pun dah slow-slow dah time nie. bulan nie kucing syaza tengah sarat mengandung anak kedua. wah bahagia weh nak dapat baby baru.
bulan ogos:
bulan nie ada yang menarik sikit. sebabnya abang sepupu syaza nak kawin . 25/8 yeah abang yat kawin jugak . dapat ahli baru dalam keluarga besar haji samad. kak mal sangat-sangat best. mula-mula tue rasa macam takut jugak nak jumpa. mana tau kan. akhirnya bila abang yat bawak kak mal jumpa dengan kami, wah bestlah kak mal nie. baru first time jumpa macam dah biasa jumpa sebelum nie. sampai ada yang hairan. kak mal memang bestlah.. 19/8 hari raya aidilfitri syaza dapat seekor baby kitten yang sangat comel. nama dia zerro (syaza yang bagi nama . maksudnya kosong sebab dekat sekolah kawan-kawan suka pangil syaza najwa latif. time tengah fikir nak nak bagi nama dekat zerro nie tiba-tiba terdengar lagu kosong dekat radio) hahaha . tapi sekarang nie panggil dia adik saja. kadang-kadang mak selalu keliru adik yang mana satu sebab syaza bahasakan diri syaza adik.hahahaha
bulan september:
bulan nie dah dapat aura-aura nak exam. semester satu nie rasa macam banayk main pulak. huhuhu menyesal. bulan nie tak banyak cerita sangat. sebab bulan nie syaza dengan kawan-kawan tengah bertungkus lusmus untuk exam first sem.
bulan oktober:
ada yang sangat istimewa bulan nie. sebab bulan nie syaza punya birthday. yeah dah cukup 18 tahun. kalau cerita dongeng macam cindarella tue dah boleh pegang dah harta wasiat . hahaha
bulan november: yeah exam. huhuhuh semua pakat dok mengadap buku bulan nie. tapi sampai habis exam sajalah. exam 3 hari saja. lepas ja 3 hari tue. yahoo lempaq buku jauh-jauh kita cuti semester. cuti syaza duduk rumah saja. berblogging, masak, kemas rumah, tengok tv,
bulan disember:
akhir tahun sudah. cepatnya masa berlalu. mula-mula tue nothing special untuk bulan disember nie sebab cuti dah nak habis, sedih tah boleh tengok cerita korea pukul 12 dah. tak boleh tengok chef hensem masak dah hari isnin pukul 11 setangah. tak boleh tengok jjcm dengan melodi dah hari ahad, tetapi sampailah pagi tadi 31 disember 2012 pukul 5:20 minit pagi (kalau tak silap) kami dapat panggilan dari pak teh yang duduk dekat pahang bagi tau yang mak teh dah bersalin. yes.. dapat baby akhir tahun. dapat baby girl. mak teh cepat-cepat lah habis pantang tak sbar nak tengok baby. jangka baby tue lahir 10/1/2013 sama dengan birthday tok tapi baby nak lahir tahun 2012 jugak ( hahaha mulut kami masin lah mak teh sebab hari tue pandai-pandai cakap kalau baby lahir bulan 12 macam mana) hahaha.

ini sahaja cerita syaza untuk tahun 2012.semua dah pasang azam ke?? syaza dah. tapi tak payah lah tau. nanti tak dapat kecapi azam tue kena gelak pulak. hehehe okay semoga semua dapat memperbaiki diri kearah kebaikan untuk tahun 2013 nie. may ALLAH bless our 2013. amin.

p/s nak letak gambar untuk tahun 2012 nie. tapii tangan nie malaslah pulak... sorry kalau bosan membaca assalamualaikum. sorry post entry nie lambat. semalam syaza sibuk sikit sekolah dah nak bukak. toing toing


No comments:

Post a Comment