Saturday 29 June 2013

Header Blog Senget Benget

assalamualaikum..
header blog syaza senget benget. dah habis ikhtiar dah, dah buat ikut tutorial yang diajar dalam blog dah hampir boleh tetiba nak paste kod yang bagi tue tak boleh pulak. anyone boleh tolong syaza tak. please syaza amat-amat memerlukan bantuan. huhuhu T_T  thanks.

Cita Cinta

assalamualaikum ;) hye peeps !
title untuk entry kali nie gempak tak? hehehe title jer gempak tapi cerita tadak lah gempak mana pun.. okay semua orang ada cita-cita kan? ingat tak lagi cita-cita hampa semua waktu kecil dulu sampai sekarang? mesti ramai yang kalau nak list cita-cita dia dari kecil sampai sekarang memang tak cukup kertas kan? sebab apa? sebab minat kita sentiasa berubah-rubah. okay dekat sini syaza nak listkan cita-cita yang penah terdetik dalam hati syaza!
1. doktor- nie cita-cita zaman tadika, sekolah rendah and menengah rendah.
2. nurse- nie pun sama sebab waktu tue nekad kalau tak dapat jadi doktor nak jadi nurse hehehe sebabnya syaza suka tengok nurse comel. dan syaza penah mintak jurusan nurse waktu habis SPm dulu dan syaza dapat temuduga SPA .. tapi waktu temuduga buat main-main. so tak dapat.sir PBSM syaza suruh mintak lagi sebab dia tau syaza minat nurse.
3. cikgu sekolah menengah- nie cita-cita zaman waktu sekolah rendah dulu. tapi sekarang rasa macam tak jer sebab student-student zaman sekarang nie semua ganas-ganas syaza tak berani takut nanti kena buli dengan student sendiri.
4. cikgu tadika- hah nie minat muncul sejak lepas habis PMR. maybe sebab syaza suka budak-budak kut. syaza ada impian kalau boleh nanti syaza nak bukak tadika and taska. =D
5. ahli forensik- hahah yang nie boleh terminat kes terbaca artikel pasai kerja ahli forensik. last-last dengar orang cerita kena bedah mayat apa semua terus TAK MINAT. sebab syaza agak penakut.
6. chef- nie minat muncul lepas syaza habis exam SPM sebab time tue rajin masak tiba-tiba mai idea "kalau syaza jadi chef pun apasalahnya" bila pikirkan balik macam...syok jugak!
7. ahli perniagaan- hah nie minat muncul sejak habis PMR jugak. sebab syaza tengok kalau jadi ahli perniagaan nie pun ada untungnya jugak.
8. pensyarah- hah nie minat muncul waktu syaza lepas SPM entah macam mana boleh terfikir pun tak tau lah. maybe sebab syaza ada minat nak jadi cikgu kut time tue tapi syaza pikir balik cara syaza nie macam tak sesuai jadi cikgu sebab syaza suka cakap laju-laju then malas pulak tue so pensyarah yang paling sesuai.
 9. physiotherapist- yang nie bukan minat pun tapi TERminat sebab family suruh isi time isi UPU so time isi tue tanamkan lah minat dalam diri tapi last-last tak minat jugak.
10. accountant- yang nie memang syaza minat sampai sekarang . maybe minat nie boleh muncul sebab syaza ambik subjek akaun time SPM kut. lagi pun syaza suka cikgu yang mengajar subjek tue (cikgu makalthom sayang cikgu). result akaun pun alhamdulillah okay tak seperti yang syaza jangkakan syaza dapat B+ untuk subjek tue. cikgu pun terkezutt time syaza bagi tau dia. last-last dia senyum jer. hehehe tapi dia marah syaza jugak sebab syaza tak ambik subjek akaun untuk STPM. bukan tak mau ambik tapi syaza nak try perniagaan pulak. insya-Allah time degree nanti syaza try mintak akaun tengok macam mana nanti. =D
# ada lagi 2 -3 benda yang syaza nak list kan tapi biarlah cukuplah untuk top 10 ajer. walau apa pun cita-cita kita, kita mestilah berusaha untuk mengejarnya. Doa Usaha Ikhtiar Tawakal. insya-Allah. may Allah bless our dreams.







Friday 21 June 2013

Mari Belajar Bahasa Kedah.



assalamualaikum.. hallow peeps. macam mana? rindu syaza tak? lama tak update blog!
busy sebab minggu nie sukan dekat sekolah. alhamdulillah semua berjalan lancar. busy mengalahkan menteri dah rasanya . hari-hari balik petang. hari isnin & selasa kena jaga bilik rawatan almaklumlah syazakan PBSM yang paling gojes dekat sekolah (sila letak tangan dekat bahu then mata juling ke atas). hari rabu pulak nak kena siapakan barang untuk hari sukan lepas tue waktu petang nak kena hiaskan khemah. tue pun syaza hias khemah tak sempat siap sebab takut kena tinggal bas, syaza tinggalkan jer kerja tue semua dekat junior2 form 5 nasiblah lepas habis kelas depa turun padang tolong apa yang patut. alhamdulillah hiasan khemah rumah petronas dapat naib johan even buat kerja last minute. ( time tengah hias khemah ritue ada classmate dok gelak dekat syaza sebab rumah petronas tak siap apa lagi time tue sebab dah nak dekat petang. geram rasa! last2 rumah sukan depa jangan kata no 3, tadak no terus #GelakJahatSikit ) okay permulaan cerita yang sangat lari dari title. okay kita kembali pada tajuk asal. poyo  okay syaza pure kedahan. tetiba datang idea kenapa syaza tak buat segment belajar bahasa kedah ker . tadaklah nanti orang yang baca blog tak paham apa yang syaza sampaikan sebab syaza guna bahasa kedah tak pakai bahasa baku nie. syaza nie walaupun pure kedahan tapi tadaklah tau semua dielek daerah dekat kedah nie. yang syaza tau syaza senaraikan ..

depa-mereka
pergi-pi
kamu-hampa
benci-meluat
kucing-kucin
pukul-katok (bukan katak okay)
sarapan-menyorok (first time dengar tok yang sebut "cek menyorok dak lagi" haha serius syaza tercengang buat apa nak main meyorok2 pagi2 nie. menyorok nie orang sebelah pokok sena selalu sebut)
malas-malaih
sarabut-seghabai
bagi tau- habaq
biasa-besa
betul-betoi
sembunyi-menyorok
mari-mai
#serius syaza dah blank tak tau apa lagi loghat kedah yang syaza selalu guna. nanti rajin syaza update lagi. sekian . thanks sebab sudi buangkan masa hampa dengan baca apa yang syaza merapu nie.







Saturday 8 June 2013

Sambal Ikan Gelama.

assalamualaikum...
hari nie tetiba mai angin nak update resepi. kalau dekat rumah, mak masak sambal ikan gelama nasik memang akan habis. sebabnya sambal ikan gelama nie memang feveret semua orang dalam family syaza. resepi nie mak belajar dari arwah tok sebelah abah sebab abah memang suka sambal ikan gelama dari kecik lagi. so syaza pun belajarlah dengan mak resepi nie.
 bahan-bahan:
ikan gelama (ikut suka saiz apa, berapa ekor) pandai2 lah agak. sebab syaza jenis masak style agak-agak jer.
kunyit
bawang putih 3 ulas
bawang merah 2 ulas
cili kering ( yang nie pun agak-agak ikut kuantiti ikan)
air asam jawa secukupnya
garam.
gula
bawang besar (bahagi 2 satu untuk mesing dengan cili kering satu untuk tabur dalam sambal yang dah hampir masak)
jintan manis dalam 1 sudu makan (tumbuk)

cara-cara:
1. perapkan ikan dengan garam dan kunyit. jangan banyak sangat garam tue.
2. goreng ikan.
3. tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. then masukkan cila kering yang dah kita rebus dan kisar tue.
4.masukkan jintan manis yang dah di tumbuk tue.
5.tungggu sehingga sambal tue pecah minyak.
6. masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
kacau2 dan tunggu sehingga 3 minit macam tue.
7. masukkan ikan gelama yang dah di goreng
8. bila dah hampir masak masukkan bawang besar. siap!!!
#syaza bila masak, garam,gula dan asam syaza tak suka syaza main agak ikut sedap rsa saja. selamat mencuba. Smile

gambar encik google punya ;)




Wednesday 5 June 2013

100 thing's about me!

assalamualaikum..
10:49 p.m 5hb 6 2013..
hahaha poyonya syaza nak letak jam waktu bagai tue. lama tak update blog. bukannya tam mau update non idea nak cerita apa! nak review novel yang latest syaza baca  macam malas. nak update resepi pun sama jugak! so hampa layan jerlah apa yang syaza dok merapu merepek meraban nie...


  • nama penuh nur syaza
  • 19 tahun
  • 1st october 1994 
  • kedahan (pure punya)
  • anak kedua, diapit kakak dan adik perempuan
  • pelajar STPM
  • anak manja ( eh ini tipu semata-mata! betul ker?) 
  • kpopers
  • twitterians SINI 
  • suka awak yang tengah stalk syaza nie #Eh
  • suka budak-budak yang tak nakal jer yang nakal tue rasa macam nak cubit jer.
  • suka bau baby wangi tenang jer bila cium ( ada orang cakap bau baby nie bau syurga, tapi lama-lama bila baby tue dah makin membesar bau tue akan beransur hilang) 
  • suka kek, tak kisah lah kek apa asal makan kek jer mood akan tetiba je jadi happy, so kalau terbuat syaza badmood sila bagi kek dekat syaza.
  • suka baca novel 
  • suka siwon ulang sekali lagi CHOI SIWON
  • suka menulisa something yang boleh di baca. 
  • suka ikan dari ayam
  • suka ayam dari daging
  • suka kucing 
  • suka beletiaq dekna yang cakap ( dah cakap syaza dia tak mau dengar so kena beletiaq lah, sebenarnya bukan beletiaq nasihat)
  • suka cakap banyak ( baru jer lepas kena marah dengan abah petang tadi sebab dok bising cakap sorang-sorang abah nak tengok berita)
  • suka komen sana sini 
  • suka tidok lewat malam buat benda lagha contohnya online.
  • suka kacau kucing tidok
  • suka cakap merapu dengan orang tertentu jer.
  • suka baca bahan ilmiah then cerita dekat orang ramai (kongsi ilmu)
  • suka sapu sampah
  • suka tengok cerita p ramlee
  • suka tengok kucing tidok terutamanya adeq kucing kesayangan syaza 
  • suka tengok movie aksi komedi
  • suka tengok atau baca something yang buleh buat syaza gelak sampai sakit perut. (terapi tension tu)
  • suka running man
  • suka gelak sorang-sorang dan dengan sekuat hati sampai kena marah time tengok running man 
  • suka ketip kuku
  • suka sembang
  • suka main air hujan
  • suka masak
  • suka cipta resepi baru dan tukang cuba dekna bila dia kata sedap nanti. buat lagi.
  • suka pastri
  • suka benda yang di buat dengan tepung
  • suka berangan 
  • suka tengok apa-apa yang sweet nie then sebut "alolo sweetnya"
  • suka sensetive
  • suka perati tengok orang
  • suka dudk rumah 
  • suka masak nasik goreng (benda tue paling senang kut)
  • suka dengar orang ngigau time tidok hahaha ini jahat
  • suka sensetive bila tengok drama atau movie yang sedih-sedih lepas tu teriak diam-diam
  • suka emosi bila tengok orang jahat dalam drama atau movie
  • suka sebut "ngokngek" apadia eh maksud "ngokngek"
  • suka dengar bila mak atau sesapa cerita kisah kecik-kecik dulu.
  • suka pink
  • suka hitam
  • suka purple
  • suka biru
  • suka mengelamun
  • suka conteng tangan dengan pen lepas tue tima nak ambik wuduk garu kepala nak hilangkan kesan
  • suka cuai
  • suka tengok movie tengah malam lepas tue usung batal tidok depan tv selalunya time cuti 
  • suka tidok dengan bantal yang banyak
  • tak suka orang cakap belit-belit
  • tak suka tengok drama berebut pakwe/makwe menyampah
  • tak suka tengok sinetron cerita merapu satg mati lah lepas tue hidup balik. lepas tue cerita tersasar tenggelam ke dasar laut. episod sampai beratus-ratus. buang masa.
  • tak suka orang yang bila kita panggil dia buat-buat tak dengar (sakit hati)
  • tak suka orang kacau time tengah fokus buat something. satg mudah hilang fokus
  • tak suka tengok tengok katun yang suka ulang cerita yang sama.
  • tak suka orang tunggu syaza, biar syaza yang tunggu takpa tapi jangan sampai berjam-jam sakit hati.
  • tak suka orang yang suka paksa-paksa
  • tak suka orang yang suka rosek rahsia peribadi, kalau nak tau tanya jer
  • tak suka tengok lelaki rambut panjang tambah-tambah yang biar merebang jer! ikat lah kemas sikit.
  • tak suka bila tengah tidok sedap-sedap orang ganggu dengan hal yang tak berfaedah ni.
  • tak suka OTP.
  • tak suka buah DURIAN. bau dia bergas sakit hidung.
  • tak suka makan makanan yang kalau makan tak boleh makan itu ini. contohnya kalau makan durian tak boleh makan ubat.
  • tak suka kena paksa buat benda yang kita tak suka.
  • tak suka orang yang suka menyibuk hal peribadi orang lepas tue buat conclisoin sendiri sedangkan tak tau apa-apa.
  • tak suka orang yang suka cakap pedih atau pun cakap tak pikir hati orang
  • tak suka orang yang suka buat muka. dah tak suka cakap tak suka jangan buat muka.
  • tak suka tengok lawak bodoh.
  • tak suka tengok orang pakai seksi-seksi nie rasa sakit kepala.
  • tak suka tengok cerita hantu sebab satgi malam susah nak tidok.
  • tak suka orang yang control 24 jam nie just be yourself sudah lah
  • tak suka orang yang lupa kawan nie kalau dapat kawan yang much better dari kita
  • tak suka tengok gamabr kucing bongsai kesian kut apalah kejam sangat sampai masukkan kucing tue dalam botol.
  • tak suka rock kapak yang nyanyi goyang-goyang kepala dah tue dia sebut apa pun tak faham.
  • tak suka bila tengah busy buat something yang menggunakan internet tiba-tiba line slow 
  • tak suka kena tweet limit. 
  • tak suka bila diri sendiri termungkir janji sebab rasa macam jahat gila time tu.
  • tak suka bila kena marah, tapi suka buat benda yang akan buat orang marah.
  • tak suka tengok orang yang syaza sayang teriak, sebab tak tau nak bagi berenti macam mana sebab satgi syaza akan join depa teriak sebab kesian. hahaha
  • tak suka kena kejan tapi suka melambat.
  • tak suka kena bahan
  • tak suka budak-budak yang naughty sampai susah nak control tapi syaza dulu kecik-kecik macam tue kut!
  • tak suka orang yang suka berdendam nie. dah sudah tue sudah lah.
  • tak suka makan laksa tapi suka ikan.
  • tak suka buat benda yang sama banyak kali. bosan kut.
  • tak suka tengok drama yang ending dia last sekali kelaut. tapi folow setiap episod apa cer. eh tak suka ending jerr!
  • tak suka bila tak reti marah orang then pendam sakit hati sorang-sorang.
  • tak suka lagu jiwang tapi layan jugak.
  • tak suka orang kritik benda yang aku suka.


#sekian saja dari syaza. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masih-masih.
p/s tak pasti cukup 100 atau lebih? sebab tak kira pun main agak jer selepas syazaq kira banyak kali then dok pening sorang-sorang. andai ada yang tertypo jangan lah dok bahan syaza. malas nak cek dah banyak sangat. sekian wassalam.