Sunday 30 October 2016

Entry sekali harung

Assalamualaikum...
Eh lama tak nampak...
Hewmm terpaksa menghilangkan diri sekejap sebab bulan oktober ni sangat-sangat lahhh busy...
Dengan testnya, submit assignmentnya, tutorialnya, presentationnya...final examnya
Alhamdulillah semuanya dah selesai sekarang dan ni tengah tunggu nak masuk dewan test management accounting 😍 ja last paper untuk semester ni..
Okay syaza combine kan jelas 1 entry dalam bulan oktober ye dahalang-alang nak hujung bulan ni..

1 oktober
Alhamdulillah , 1st oktober haritu genaplah usia syaza 22 tahun ...
Alhamdulillah atas segala rahmah kurniaan Ilahi sepanjang bergelar khalifah dimuka bumi ini..
Ucapan untuk diri sendiri happy birthday syaza ,  you are 22yo already... semoga terus sihat berjaya didunia dan akhirat....menjadi anak yang solehah untuk mak dan abah menjadi manusia yang berguna untuk agama bangsa negara insha Allah.. belajar rajin ye ....
Okay panjang dah lain-lain punya ucapan ucap sendiri
6 oktober
Haritu kuliyyah buat majlis anugerah dekan .. Alhamdulillah berpeluang untuk menerima anugerah ini sebagai hadiah untuk makabah untuk diri sendiri jugak yang dah perhempas pulas sepanjang 3 semester ni.. semoga semester depan masih ada rezeki yang sama.. امين
19 oktober
Alhamdulillah start 1st paper with public speaking... Alhamdulillah untuk present public speaking haritu dipermudahkanNYA ... syaza buat tajuk 3 unfamous drawing by leonardo davinci untuk speach to inform and skidiving untuk speaking to persuade..semuanya berjalan dengan lancar walaupun macam-macam dugaan ..
Thank you sir hisyam for your words and advice ...
4 november ni last paper management accounting taksabar..... lepas tuy kita cuti semm yebedabedu...
Ok cuti sem ni tak tau lagi nak buay apa.. tapi macam cerita korea dalam laptop tu banyak tak tegok lagii... hewmmm okayyyyyy

#actually entry ni syaza type malam 27hb haritu .. harini baru publish sebab tertido time tengah type haritu mengantuk sangat....

Thanks kak sal kak kierah for the cake... luv it

Thanks makabah lecturer dan sabahat..

8hb haritu sambut birthday amsyar.. peminat setia thomas and friends laa anak nakan makngah sorang ni

Separuh dari batch bibf 2014(2) yang dapat dean list.. azri sorang je lelaki yg lain entah kemana hilang 

Jadual exam sem 4

Pict throwback sebab rindu dekat depa

#okay ni je untuk kali ni lain hari laik kali syaza update lagi .. annyeong ohh gary nak keluar runningman 😭😭😭😭😭😭😭


Wednesday 31 August 2016

Entry Tak Bertopic

Assalamualaikum.....
Rasa dah beberapa hari tak jenguk blog..
Agak busy minggu ni dengan midterm corporate financenya, fiscalnya,bisness lawnya, dengan assignmentnya..
Dengan ke UiTM Merbok cari buku untuk assignment bisness lawnyaa...
Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Exam pun dapat jawap dengan suksesnyaa..
Yalah kalau hujung-hujung sem tu faham-faham je lah... busy kalah menteri.
Semalam ada program sempena kemerdekaan negara kita yang ke -59 anjuran pupuk. So sebagai student yang berwibawa syaza pi la bagi sokongan sikit hehe actually nak pi dengar ceramah ustaz Husam dan ada UNIC sama hehehe  😊
Alhamdulillah sudah 59 tahun kita merdeka dari penjajah.. persoalannya
Betul ke diri ini benar-benar merdeka? Jiwa ini merdeka kah? Persoalannya pandai-pandai lah jawap sendiri yee.  Eh tak wish lagi "selamat menyambut kemerdekaan yang ke 59 ye malaysian"
Sebenarnya tak tau apa yang nak cerita pun.. hehehe kira macam entry tak bertopic la ni main tulis je ikut apa yang terlintas di hati ..
Ambik syarat sebab dah janji nak update blog selalu ..
So dengan entry x bertopic ni meh la syaza tempek sikit gambar-gambar yang ada...
Cd UNIC ada autograph but not mine.. mashi beli untuk nina

Ramai-ramai pi makan steamboat dekat D acah acahnlepas balik dari UiTM Merbok tu.. 

Air jagung puaka tengah hari singgah makan dekat bihun sup puaka mashi order air jagung. Ingat macam biasa je sekali mai Allah terkejut. Tak habis siap bungkus lagi.

Air terjun dekat muzium arkeologi. Dah alang-alang ke Merbok tu singgah sini sekali.
 

pi muzium masuk geleri 1 ja tak ronda sangat pun. Nak naik candi tiba-tiba hujan turun balik masuk kereta gi makan steamboat. 😊
Persembahan UNIC .. duduk bahagian tengah sebab bahagian depan dah di serve untuk budak-budak ko-k.

P/s -malas nak susun gambar satu .. tu yang jadi macam tu 😊😊😊

Monday 22 August 2016

IInstitut Pengajian Tinggi Swasta ?

Assalamualaikum......
Alhamdulillah diberi ilham untuk menulis sesuatu malam ni hahahahah...
Dah nekad nak mulakan balik zaman  berblogger ni.. so kena lah bersungguh-sugguh...
Okay kebetulan sekarang ni result upu baru je keluar so topic harini berkaitan alam universiti/kolej pebenda semua tu..
Tahniah buat sesiapa sahaja yang dapat ditempatkan ke IPTA (bersyukur la dik rezeki kau disitu) dan yang tak dapat jangan sedih jangan risau jangan kemurungan plak sampai rasa nak berskidiving tanpa alat keselamatan...
Masa depan kau masih cerah dik non walaupun tak dapat tempat dalam IPTA..
Jangan risau banyak IPTS lagi yang sudi menerima kau dik..
Okay first nakk sentuh tentang yang tak dapat IPTA tu..? Nak buat apa? Masa depan macam mana? Jangan risau hujan tak sampai ke malam (hahah peribahasa sendiri ke ni) masih ada harapan.. ?
Harapan macam mana tu?
Ya macam aku cakap tadi IPTS lain masih banyak di Malaysia ni..
Okay sebelum nak buat pilihan nak pilih universiti/kolej tu ni ada beberapa tips yang patut korang pertimbangkan sebelum buat keputusan nak lanjutkan pelajaran ke situ.
*buat senarai IPTS yang dah berjaya  tarik minat korang - buat list sebanyak mana mungkin IPTS mana yang menarik minat korang. Tak kisah la dari segi apa pun. Buka website rasmi uni/kolej pilihan korang tu.
* syarat kelayakan - lepastu semak syarat kelayakan yang tu dulu kalau dah lepas Alhamdulillah boleh pergi ke next step. Kalau tak lepas contohnya kau punya result exam tak sampai yang ditetapkan boleh la try isi diploma pakai spm atau pun isi spa ke?..
* kos-kos yang ditawarkan- semak kos-kos yang ditawarkan disitu. Pastikan senaraikan beberapa kos yang korang minat. Yang ni sangat penting supaya korang tak salah pilih dan menyesal dikemudian hari. Dan kalau korang memang dah ada satu kos yang memang korang monat sangat sangat sangat tu boleh la cek satu persatu mana tempat yang paling terbaik untuk kos tu.
* cek yuran- lepas tu dah pilih kis yang korang minay cek yuran yang dikenakan untuk kos yang korang ambil tu berpatutan tak? Mampu tak?
*cek MQA- MQA tu apa? Mining Qualitication Authority. Hat yang ni paling peting kalau tak dak maka susah laa kau punya life selepas graduate nanti. Pastikan kos-kos pilihan korang tu ada kelayakan MQA.
*pinjaman- yang pun perlu cek samaada tempat pilihan korang tu tawarkan pilihan pinjaman apa PTPTN ke MARA ke Pama kee ...
*selidik- selidik apa? Okay perkara penting yang harus korang selidik adalah tanya kawan-kawan atau saudara yang pernah belajar atau sedang belajar dekat tempat pilihan korang tu. Tanya je pentadbiran macam mana. Suasana macam mana. Kemudahan apa yang ada. Tanya sampai korang puas hati. Kalau tak ada sapa-sapa yang korang kenal tahu tentang tempat tu korang cuba la jadi perisik dekat fb tu cari je strangers mana alam pun tanya insha Allah soalan korang tu berjawap.
*dan last sekali kala korang dah berpuas hati sangat-sangat dengan pilihan korang tu boleh la terus isi borang apa semua tu. Kalau la ada yang masih tak berpuas hati cari lagi step by step ikut list tempat pilihan yang korang buat tu.
Kalau korang ikut step ni dengan izin Allah korang takkan pernah menyesal masuk IPTS sebab apa benda ni yang akak buat sebelum buat keputusan nak sambung belajar di IPTS.
Dan lagi 1 pesanan istikharah jangan lupa.
Sebab Allah S.W.T itu sebaik-baik perancang.
Insha Allah nanti syaza update lagi entry pengalaman nak tempuh alam universiti/kolej ni.
 Semoga bermanfaat buat semua entry tak seberapa ini mana yang silap tu boleh la pm pm nanti syaza perbaiki.
P/s - esok-esok la ye syaza sambung pulak. Esok kelas pukul 8.
Untuk tatapan semua tempat syaza mencari ilmu sekarang (berminat? Pm pm syaza ye)



Sunday 21 August 2016

Assalamualaikum 😊

Assalamualaikum...
Allah dah lama syaza tak jenguk blog ni..
Fushhhh tiup habuk
Tiba-tiba terasa nak jenguk balik blog.
Rasa rindu panda aktiviti menulis diblog ini..
Doakan moga syaza istiqhomah kali ini..
Insha Allah
Ya masih seperti dahulu
Pada status yang sama
Pada fizikal yang sama
Rohani mudah mudahan makin meningkat dari hari ke hari..
Cuma yang berbeza sekarannya ini sibuk sikit mencari ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat di bumi kuala ketil ini..
Ya di KUIN
Dalam bidang sarjana muda perbankan islam dan kewangan
Doakan urusan syaza dipermudahkan..
Tekad kali ini nak rajin-rajin jenguk blog sekurang-kurangnya seminggu sekali e insha Allah dengan info dengan bahan bacaan yang bermanfaat buat kalian dan diri sendiri..
Jadilah tu dengan kesibukan sekarang..
#ptssss macam dah xdak readers dah blog ni sekarang hahahaa lama sangat menyepi. Tak pa lah syaza menulis untuk rujukan sendiri juga.